Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bantahan anti-Trump berterusan, lebih banyak dirancang hujung minggu

Nov 11, 2016 | 10:15 AM



WASHINGTON/NEW YORK: Penunjuk perasaan berarak di jalan-jalan di seluruh Amerika Syarikat pada hari kedua pada Khamis (10 Nov), untuk membantah kemenangan Encik Donald Trump dalam pilihan raya presiden, sambil menyuarakan kebimbangan kemenangan beliau akan menjejas hak sivil.



Lebih banyak bantahan dirancang pada hujung minggu ini dan kumpulan Facebook '#NotMyPresident' (bukan presiden saya), yang dibentuk oleh pelajar kolej dan sekolah tinggi, menyeru diadakan perhimpunan anti-Trump pada Hari Perasmian pada 20 Jan.



Polis mempertingkat perlindungan bagi dua hartanah utama Encik Trump yang menjadi pusat perhimpunan bantahan, dengan mendirikan pagar keselamatan di Hotel Antarabangsa Trump yang baru dibuka di Pennsylvania Avenue di Washington dan meletak blok konkrit di depan Menara Trump di Manhattan.



Kira-kira 100 penunjuk perasaan berarak dari Rumah Putih, tempat Encik Trump mengadakan mesyuarat peralihan pertamanya dengan Presiden Barack Obama pada Khamis, ke hotel tersebut.



"Generasi ini layak mendapat lebih baik daripada Donald Trump," kata Cik Lily Morton, 17 tahun.



"Golongan aneh, kulit berwarna, wanita, budak perempuan, semua orang yang akan terjejas oleh ini, kita perlu membantah untuk membantu mereka."



Di Los Angeles, sekumpulan penunjuk perasaan anti-Trump berarak ke lebuh raya berhampiran pusat bandar, menghalang lalu lintas sehingga polis menyuraikan mereka.



Pengkritik Encik Trump telah menyatakan kebimbangan bahawa retorik kempen beliau mengenai pendatang, orang Islam, wanita dan lain-lain - digabungkan dengan sokongan yang beliau daripada daripada Ku Klux Klan dan kumpulan keulungan kulit putih lain - boleh mencetus gelombang tidak berintoleransi terhadap pelbagai golongan minoriti.



Perhimpunan anti-Trump diadakan di lebih sedozen bandar utama Amerika pada Rabu, dengan beribu-ribu menyertai perhimpunan terbesar di New York, Los Angeles dan Oakland, California.



Di Oakland, penunjuk perasaan yang sukar dikawal memecahkan tingkap, memulakan kebakaran dan bertempur dengan polis rusuhan.



Encik Rudy Giuliani, bekas Datuk Bandar New York City dan penyokong kuat Trump, menyifatkan penunjuk perasaan itu sebagai "cendawan kelmemeh" dalam satu temu bual dengan Fox News.



Jurucakap White House Joshua Earnest berkata Encik Obama menyokong hak penunjuk perasaan untuk meluahkan perasaan secara aman.



Kumpulan hak sivil dan polis melaporkan peningkatan dalam kes serangan ke atas anggota kumpulan minoriti, dalam beberapa kes ia dilakukan orang yang mengaku menyokong Encik Trump. Terdapat juga laporan bahawa lawan Encik Trump mencela orang yang membawa tanda yang menunjukkan sokongan bagi beliau. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >