Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bantahan di seluruh Amerika terhadap kemenangan Trump

Nov 10, 2016 | 12:46 PM



CHICAGO/NEW YORK: Berduyun-duyun penunjuk perasaan mengadakan perarakan di seluruh Amerika Syarikat pada Rabu (9 Nov) untuk membantah kemenangan mengejut calon Republikan, Encik Donald Trump, dalam pilihan raya presiden.



Mereka turut membidas retorik kempen beliau berhubung pendatang, orang Islam dan kumpulan lain.



Di New York, beribu-ribu penunjuk perasaan memenuhi jalan-jalan di Midtown Manhattan apabila mereka berarak menuju Menara Trump, manakala beratus-ratus yang lain berkumpul di taman Manhattan dan memekik "bukan presiden saya".



Di pusat bandar Chicago, beribu-ribu lagi berkumpul di luar Trump International Hotel dan Tower sambil melaungkan frasa seperti "No Trump! No KKK! Tiada USA perkauman".



Polis Chicago menutup jalan di kawasan itu, menghalang laluan penunjuk perasaan. Tiada sebarang laporan mengenai tangkapan atau keganasan.



"Saya hanya benar-benar takut tentang apa yang berlaku di negara ini," kata Cik Adriana Rizzo, 22 tahun, yang membawa poster tertera: "Nikmati hak anda semasa anda boleh"



Penunjuk perasaan menentang ikrar kempen Encik Trump akan membina tembok di sepanjang sempadan Amerika dengan Mexico untuk mengelakkan pendatang haram, dan dasar lain yang mereka anggap bersifat perkauman.



"Saya mengambil berat tentang kebangkitan nasionalisme kulit putih dan ini adalah untuk menunjukkan sokongan saya dalam menentang perkara seperti itu," ujar Cik Rizzo.



Beratus-ratus juga berkumpul di Philadelphia dan Boston pada petang Rabu, dan penganjur merancang mengadakan perhimpunan di San Francisco, Los Angeles dan Oakland, di California. Di Austin, ibu kota Texas, kira-kira 400 orang berarak melalui jalan-jalan, kata polis.



Seorang wakil kempen Encik Trump tidak segera respon apabila diminta mengulas mengenai bantahan tersebut.



Dalam ucapan kemenangannya, Encik Trump berkata beliau akan menjadi presiden bagi semua rakyat Amerika.



"Ia adalah masa untuk kita bersatu sebagai satu bangsa yang bersatu padu," ujarnya.



Kira-kira 1,500 pelajar dan guru di California bangkit awal pada Rabu di halaman Sekolah Tinggi Berkeley, di bandar San Francisco Bay Area yang terkenal dengan politik liberal, sebelum berarak ke arah kampus Universiti California, Berkeley.



Beratus-ratus pelajar sekolah menengah dan kolej juga mengadakan bantahan di Seattle, Phoenix, Los Angeles dan Oakland, Richmond dan El Cerrito, California.



Sekumpulan kira-kira 300 pelajar sekolah tinggi, kebanyakannya keturunan Amerika Latin, berjalan keluar dari kelas pada pagi Rabu di Los Angeles dan berarak ke Dewan Bandaraya bagi mereka mengadakan perhimpunan ringkas tetapi riuh.



Tiada sebarang laporan mengenai tangkapan atau keganasan. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >