MIAMI: Disney World sedar akan masalah buayanya sebelum kejadian serangan buaya yang mengakibatkan seorang kanak-kanak terkorban di resort popular itu tahun lalu, menurut data rasmi yang dikeluarkan semalam.
15 bulan sebelum buaya tersebut menarik Lane Graves, dua tahun, ke dalam air pada 14 Jun 2016, 45 buaya ditangkap di kawasan Disney, menurut Suruhanjaya Pemuiharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida.
Dua hari sebelum serangan itu hingga September tahun ini- data terkini yang wujud- sebanyak 95 buaya telah ditangkap di kawasan Disney.
Larangan berenang telah ditempatkan di kawasan di mana Graves diserang semasa beliau bermain di tepi pantai kawasan hotel Disney, namun tiada amaran mengenai buaya.
Penyelam telah menemui mayat budak lelaki itu di kawasan perairan berdekatan tempat beliau diserang.- AFP