MAKKAH: Masalah pembaziran makanan sekali lagi menghantui Majlis Perbandaran Makkah pada Ramadan kali ini apabila hampir 5,000 tan sisa makanan dibuang dalam tempoh masa tiga hari berpuasa.
Laman web Arab News melaporkan kerajaan Arab Saudi memperuntukkan 20 bilion riyal ($6.6 bilion) pada Ramadan ini bagi menyediakan makanan, berbanding 6 bilion riyal pada bulan-bulan lain.