Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bapa bunuh anak di gelanggang kriket

Feb 13, 2014 | 02:02 PM



MELBOURNE: Masyarakat Australia dikejutkan oleh insiden seorang lelaki membunuh anak lelakinya berusia 11 tahun selepas satu latihan kriket sebelum dia ditembak mati oleh polis di hadapan orang ramai, termasuk kanak-kanak.


Luke Batty dilaporkan telah pukul dengan sebatang pemukul kriket pada bahagian kepalanya, sejurus selepas menjalani latihan dengan pasukannya petang kelmarin, di sebuah gelanggang di Tyabb, di Mornington Peninsula, kira-kira 100 kilometer ke tenggara Melbourne.


Dia mengalami kecederaan teruk dan meninggal dunia di tempat kejadian.


Laporan-laporan berkata dia juga ditikam tetapi hal itu belum dapat disahkan.


Polis berkata, apabila mereka tiba di tempat kejadian, mereka mendapati bapa budak lelaki itu, 54 tahun, bersenjatakan sebilah pisau.


Apabila penyembur lada putih gagal menguasainya, lelaki berkenaan ditembak satu kali di bahagian dadanya.


Dia kemudian dikejarkan ke hospital melalui helikopter tetapi meninggal dunia awal hari ini, meninggalkan balunya yang trauma, yang dilaporkan berada di tempat kejadian ketika serangan itu berlaku. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >