Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bapa dua anak dipenjara di Perancis kerana beri anak-anaknya Coca-Cola sahaja

Oct 25, 2018 | 07:02 PM



LIMOGES, Perancis: Bapa dua budak lelaki, berusia tiga dan empat tahun, telah dipenjara di Perancis kerana rata-rata memberi mereka Coca-Cola sahaja, kata peguam kanak-kanak itu.



Bapa itu, yang "tidak boleh membaca, menulis, mengira, tidak sedar keseriusan keadaan itu dan membelanjakan semua wang kebajikannya pada arak", kata Cik Carole Papon, wakil dari persatuan French Victims 87, semalam (24 Oktober).



Dalam masa beberapa hari selepas bayaran kebajikan dibuat, "keluarga itu tidak mempunyai apa-apa untuk dimakan. Mereka cuma ada Coca-Cola untuk diminum", katanya.



Bapa itu, yang digambarkan berkelakuan kasar terhadap isteri dan anak-anaknya, dipenjara tiga bulan semalam di Limoges, tengah Perancis.



Anak sulungnya terpaksa mengeluarkan tujuh giginya yang rosak akibat gula, dan anak yang kedua tidak bercakap.



Kedua-dua kanak-kanak itu telah diambil ke dalam jagaan, di mana mereka telah diperkenalkan kepada daging dan sayur.



"Tidak ada apa-apa dalam flat mereka," kata timbalan pendakwa raya Encik Bruno Robinet kepada AFP.



"Tidak ada peti sejuk, kanak-kanak itu tidur di atas tilam tanpa alas dan tidak ada mainan. Bapa mereka memberi mereka makan kek dan Coke," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >