Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Bapa 'Jihadi John' nafi anaknya bunuh tebusan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Bapa 'Jihadi John' nafi anaknya bunuh tebusan

Mar 04, 2015 | 05:00 PM

BANDAR KUWAIT - Bapa "Jihadi John" berkata tiada bukti yang menunjukkan bahawa anaknya bertanggungjawab membunuh tebusan ISIS, sambil menambah terdapat "khabar angin" yang kini tersebar luas.

"Tiada bukti tentang apa yang disebarkan di media, terutama menerusi klip dan rakaman video, bahawa yang tertuduh merupakan anak saya Mohammed, yang dikenalpasti sebagai pembunuh Daesh (ISIS)," kata Encik Jassem Emwazi kepada akhbar Kuwait Al-Qabas.

Akhbar tersebut berkata, ia bercakap dengan bapa Mohammed Emwazi itu di sebuah lokasi rahsia menyusuli dakwaan bahawa anaknya itu membunuh beberapa tebusan Barat.

"Saya mempunyai mesej kepada rakyat Kuwait bahawa khabar angin itu adalah palsu. Oleh kerana saya rasa beberapa orang telah mempercayainya, saya telah mendapatkan seorang peguam untuk mempertahankan saya dan membuktikan bahawa apa yang diperkatakan adalah tidak benar," kata beliau. - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3