Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bapa kanak-kanak Syria yang mati lemas siap bawa mayat pulang

Sep 04, 2015 | 11:58 AM



MUGLA (Turkey): Bapa dua kanak-kanak Syria yang mati lemas bersama ibu mereka dan beberapa pendatang lain semasa cuba pergi ke Greece, mengenal pasti mayat mereka pada Khamis (3 Sep) dan bersiap untuk membawa mereka pulang ke kampung halaman mereka di Kobane.


Encik Abdullah Kurdi rebah dan menangis selepas muncul dari rumah mayat di bandar Mugla berhampiran Bodrum, tempat mayat anaknya yang berumur tiga tahun, Aylan, ditemui terdampar di pantai Rabu lalu.


Gambar tubuh kecil kanak-kanak itu, dengan kemeja-T merah cerah dan seluar pendek, tertiarap muncul di akhbar di seluruh dunia, mencetuskan simpati dan kemarahan terhadap apa yang ditanggap sebagai tindakan negara maju berpeluk tubuh dalam membantu pelarian.


Adik Aylan, Galip, lima tahun, dan ibu mereka, Rehan, 35 tahun, antara 12 orang, termasuk kanak-kanak lain, yang meninggal dunia selepas dua bot karam ketika cuba pergi ke pulau Kos di Greece.


Dalam satu kenyataan kepada polis yang diperolehi akhbar Hurriyet, Encik Abdullah berkata beliau telah dua kali membayar penyeludup untuk membawa beliau sekeluarga ke Greece tetapi usaha mereka gagal.


Mereka kemudian memutuskan mencari bot dan mendayung sendiri tetapi air mula masuk dan apabila orang di dalam bot itu dalam keadaan panik, ia karam.


"Saya memegang tangan isteri saya. Anak-anak saya terlepas dari tangan saya," kata Encik Abdullah dalam kenyataan itu.


Menurutnya, pegawai Canada kini menawarkan kewarganegaraan kepadanya selepas melihat apa yang berlaku tetapi beliau enggan.


Keluarganya telah membuat permohonan kepada pihak berkuasa Canada tetapi ditolak Jun lalu disebabkan komplikasi berhubung permohonan dari Turkey, ujar Cik Teema Kurdi, saudara Encik Abdullah yang merupakan penduduk Vancouver di Canada, yang ditukil akhbar National Post Canada. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >