Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Barang kemas, jam tangan yang disita dalam kes 1MDB akan disahkan

May 26, 2018 | 12:32 PM



KUALA LUMPUR - Langkah mengesahkan barang kemas dan jam tangan yang disita polis berkaitan siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan bermula minggu depan.



Sebanyak 35 beg berisi barang kemas dan jam tangan itu kini disimpan dalam peti besi di ibu pejabat polis di Bukit Aman.



Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman,  Datuk Seri Amar Singh, berkata mereka sudah berbincang dengan pasukan pakar khas baru-baru ini dan akan memulakan proses pengesahan pada Isnin (28 Mei).



"Setelah sah, kami akan mengumumkan dapatan mengenai nilai barang yang disita," katanya pada Jumaat (25 Mei).



Barang-barang itu ditemui dalam 37 daripada 72 beg yang disita dari sebuah pangsapuri mewah pada 18 Mei.



Datu Seri  Amar Singh juga mengesahkan polis telah selesai mengira wang tunai yang ditemui dalam 35 beg -- berjumlah RM114 juta dalam 26 matawang berbeza,   berdasarkan kadar tukaran pada Khamis.



"Bagi pengiraan wang, kami membawa 21 pegawai dari Bank Negara dan seorang pegawai dari Bank Islam," katanya, sambil menambah bahawa wang itu kini disimpan bank pusat.



Mengenai pengesahan beg, beliau berkata polis akan mengambil gambar dan menghantarnya ke Paris.



Beliau berkata polis turut merampas 150 beg tangan dan kasut dari sebuah kondominium Pavilion Residences, yang dikatakan didiami anak perempuan Datuk Seri Najib Tun Razak.



"Kami juga telah merampas wang tunai RM500,000 dalam pelbagai mata wang, jam tangan dan beg tangan dari kediaman Najib di Langgak Duta. Kami telah melakukan 12 pemeriksaan setakat ini," katanya. -- The Star



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >