Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Barat mungkin boikot puncak G20 bantah serangan Russia di Ukraine

Apr 21, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Negara-negara Barat mungkin memulaukan mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan bagi Kumpulan Negara-Negara Maju dan Membangun (G20) sebagai membantah langkah Russia menyerang Ukraine, kata pegawai mereka.



Beberapa pegawai Barat lainnya pula menghujah bahawa Russia juga perlu dikeluarkan daripada mesyuarat global itu sama sekali, namun pandangan ini tidak disetujui sebahagian lagi anggota kumpulan 20 negara-negara maju itu, termasuk China dan Indonesia.



Indonesia adalah pengerusi kumpulan itu tahun ini.



Bulan lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Encik Joe Biden, meminta supaya Russia dikecualikan daripada Sidang Puncak Pemimpin Dunia G20 yang dijadualkan berlangsung di Bali pada November ini.



Encik Biden pada 24 Mac lalu semasa di Brussels menekankan ia perlu dilakukan. Katanya, jika Indonesia dan anggota G20 lain tidak bersetuju untuk mengeluarkan Russia, maka Ukraine harus dibenarkan untuk menghadiri mesyuarat.



Malah, Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelenskiy, sebelum ini menggesa Russia dikenakan sekatan sehingga mampu melumpuhkan ekonomi negara komunis itu dan sekali gus menamatkan perang antara kedua-dua negara itu.



Ini berikutan Ukraine mendakwa masih terdapat beberapa negara yang lebih mementingkan wang berbanding memberi hukuman terhadap pembunuhan orang awam yang dianggap sebagai jenayah perang.



Beliau berkata, negara demokratik perlu menolak minyak dari Russia dan membuat sekatan penuh terhadap bank negara itu daripada sistem kewangan antarabangsa.



Encik Zelenskiy berkata, tentera Kremlin cuba menutup bukti kekejaman yang dilakukan.



Moscow mengesahkan kelmarin bahawa Menteri Kewangan, Encik Anton Siluanov, akan memimpin delegasi Russia di mesyuarat yang diadakan meskipun tindakan itu dibantah berkali-kali oleh diplomat Barat.



Sebahagian negara-negara Barat menyatakan Russia tidak boleh meneruskan penyertaan seperti biasa semasa perang yang menyaksikan ribuan orang awam terbunuh.



"Semasa dan selepas mesyuarat itu kami tentunya akan memberi kenyataan jelas dan kami tidak bersendirian dalam melakukannya," kata satu sumber pemerintah Jerman, yang menuduh Russia memulakan konflik yang turut menyebabkan harga makanan dan minyak sedunia melambung. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >