Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KETEGANGAN DI SEMPADAN RUSSIA-UKRAINE

Barat tindak balas pantas terhadap langkah Russia

Namun tidak nyatakan sekatan yang akan dikenakan terhadap Moscow
Feb 23, 2022 | 05:30 AM



BERLIN/PARIS: Kuasa Barat bertindak balas dengan pantas terhadap keputusan Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, mengiktiraf kemerdekaan dua wilayah yang diisytiharkan sendiri di timur Ukraine, mengutuk Moscow dan menggesa agar ia dikenakan sekatan.



Jerman, Perancis dan Amerika Syarikat bersetuju bertindak balas terhadap langkah Russia itu, kata jurucakap Canselor Jerman, Encik Olaf Scholz, dalam satu kenyataan.



Jurucakap itu tidak menyatakan apakah sekatan yang akan dikenakan sekutu Barat terhadap Russia.



Beliau berkata Encik Scholz telah bercakap dengan Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, dan Presiden Amerika, Encik Joe Biden, selepas pengumuman yang dibuat Encik Putin itu.



Dalam satu ucapan panjang lebar di televisyen, Encik Putin, yang kelihatan marah, menyifatkan Ukraine sebagai sebahagian sejarah Russia dan berkata timur Ukraine adalah tanah leluhur Russia dan beliau yakin rakyat Russia akan menyokong keputusannya.



Televisyen negara menunjukkan Encik Putin, disertai pemimpin pemisah yang disokong Russia, menandatangani dekri mengiktiraf kemerdekaan Donetsk dan Luhansk bersama perjanjian kerjasama dan persahabatan.



Mengingkari amaran pihak Barat terhadap tindakan sedemikian, Encik Putin mengumumkan keputusannya dalam panggilan telefon kepada pemimpin Jerman dan Perancis sebelum ini, dengan kedua-duanya melahirkan kekecewaan, kata Kremlin.



Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelenskiy, yang menerima panggilan sokongan daripada Encik Biden, menuduh Russia memusnahkan rundingan damai dan menolak sebarang konsesi wilayah dalam ucapan kepada negara itu.



Encik Biden akan mengeluarkan perintah eksekutif tidak lama lagi, melarang "pelaburan, perdagangan dan pembiayaan baru" rakyat Amerika di dua wilayah di Ukraine itu, kata Rumah Putih.



Perdana Menteri Belanda, Encik Mark Rutte, berkata negara Kesatuan Eropah (EU) bersetuju mengenakan satu set sekatan terhad "menyasarkan mereka yang bertanggungjawab" bagi pengiktirafan Russia terhadap wilayah pemberontak.



Menteri Luar Britain, Cik Liz Truss, berkata dalam catatan Twitter bahawa kerajaannya akan mengumumkan sekatan baru ke atas Russia sebagai tindak balas.



Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), Encik Jens Stoltenberg, menuduh Russia terus menyemarakkan konflik di timur Ukraine dan "cuba membuat alasan" bagi pencerobohan selanjutnya. Pada 2014, Russia merampas Crimea dari Ukraine.



Encik Putin mengenepikan amaran Barat bahawa tindakannya menyalahi undang-undang, membunuh rundingan damai dan mencetus sekatan terhadap Moscow.



"Saya menganggap perlu membuat keputusan yang sepatutnya dibuat sejak dahulu - untuk segera mengiktiraf kemerdekaan dan kedaulatan Republik Rakyat Donetsk dan Republik Rakyat Luhansk," kata Encik Putin. - Agensi berita.




ULASAN PEMIMPIN DUNIA



"Keputusan Russia ini adalah pelanggaran keutuhan wilayah dan kedaulatan Ukraine dan tidak selaras dengan prinsip Piagam PBB."
- Setiausaha Agung PBB, Encik Antonio Guterres.



"Beliau (Encik Vladimir Putin) menggelar mereka penjaga keamanan. Ini mengarut. Kami tahu apa sebenarnya meeka."
- Duta Amerika Syarikat ke PBB, Cik Linda Thomas-Greenfield.



"Semua pihak terbabit mesti mengawal diri dan mengelak sebarang tindakan yang boleh mencetus ketegangan. Kami mengalu-alukan dan menggalak setiap usaha bagi penyelesaian diplomatik."
- Duta China ke PBB, Encik Zhang Jun.



"Tindakan ini pelanggaran terang-terangan terhadap kedaulatan dan integriti Ukraine. Satu pakej sekatan yang sangat keras akan dilaksanakan dengan berlakunya tindakan pertama pencerobohan Russia."
- Perdana Menteri Britain, Encik Boris Johnson.



"Keputusan Putin telah menjejas lagi kedaulatan dan integriti wilayah Ukraine, menghakis usaha ke arah penyelesaian konflik, dan melanggar Perjanjian Minsk, dengan Russia adalah salah satu parti yang bersetuju dengannya. Moscow terus menyemarakkan konflik di timur Ukraine dengan memberi sokongan kewangan dan ketenteraan kepada puak pemisah. Ia juga cuba membuat alasan untuk menyerang Ukraine sekali lagi."
- Setiausaha Agung Nato, Encik Jens Stoltenberg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >