Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Batam, Bintan sedia dibuka semula kepada pelancong: Menteri Indonesia

Mar 21, 2021 | 09:50 PM



JAKARTA: Wilayah Indonesia paling dekat dengan Singapura –  Kepulauan Riau, termasuk Batam dan Bintan –  adalah wilayah yang paling siap sedia dibuka semula kepada pelancong dari negara-negara jiran sedang jangkitan koronavirus telah menurun dan mantap di situ, kata Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Encik Sandiaga Uno.

Rancangannya adalah untuk membuka semula tempat pelancongan di Nongsa (Batam) dan Lagoi (Bintan) pada 21 April, mendahului  tempat pelancongan utama negara itu di Bali, yang diharapkan dapat dibuka semula hanya pada Jun atau Julai ini, kata Encik Uno selepas pertemuan dengan pegawai Batam pada  Sabtu (20 Mac).

“Batam dan Bintan jauh lebih sedia,” katanya, lapor The Straits Times.

Membuka semula Kepulauan Riau akan membuka jalan bagi Indonesia untuk memiliki “koridor perjalanan selamat” dengan Singapura, tambah Encik Uno.

Menukil arahan Presiden Joko Widodo, Encik Uno berkata sempadan antarabangsa di seluruh negara itu  secara beransur-ansur dapat dibuka semula, dengan menimbangkan keberkesanan usaha untuk mengekang penularan  Covid-19  di wilayah-wilayah serata negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >