Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bayaran letak kenderaan di CBD KL dinaikkan bagi kurangi sesak

Jul 19, 2016 | 08:26 AM



KUALA LUMPUR: Lebih tiga juta kereta memasuki daerah pusat perniagaan (CBD) di Kuala Lumpur setiap hari, menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk, kata Datuk Bandar ibu negara itu, Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abdul Aziz.

Bagi menggalak orang ramai menggunakan pengangkutan awam, termasuk laluan rel ringan (LRT) yang baru diperluas, beliau telah menaikkan sebanyaka 75 hingga 200 peratus bayaran letak kenderaan di tempat letak kereta CBD kendalian Dewan Bandaraya KL.

Langkah itu dijangka mempunyai kesan melata dengan bayaran letak kereta di blok pejabat dan pusat beli-belah di bandar luas itu juga dinaikkan.

Langkah Datuk Bandar itu disambut dengan bantahan ramai orang yang bergelut dengan kos yang semakin meningkat, termasuk kenaikan baru-baru tol di lebuh raya.

"Kami mahu membebaskan seberapa banyak ruang letak kereta jalanan di bandar dan menggalakorang ramai menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta ke bandar," kata Datuk Seri Mohd Amin.

"Saya tahu saya akan menjadi sangat tidak popular, tetapi ia perlu dilakukan kerana lalu lintas di Kuala Lumpur sudah penuh sesak."

Kawasan terjejas termasuk yang popular dalam kalangan pelancong, termasuk rakyat Singapura, seperti daerah beli-belah Bukit Bintang, dan hab kediaman dan komersial mewah Bangsar, Damansara Heights dan Solaris Mont Kiara.

Dengan kenaikan bayaran itu, jika dulu pemandu membayar 80 sen (27 sen Singapura) untuk sejam pertama tempat letak kereta, sekarang bayarannya RM2 - naik 150 peratus.

Kadar untuk sejam kedua dan seterusnya naik dua kali ganda kepada RM3 sejam.

Kerajaan Malaysia awal bulan ini membuka 25 stesen LRT baru bagi pusat bandar dalam usaha menggalak lebih ramai orang menggunakan pengangkutan awam. - The Star / Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >