Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bayaran permit kenderaan asing ke Johor beri kesan minima pada penduduk Singapura

Jul 17, 2014 | 06:12 PM



GELANG PATAH: BAYARAN Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) yang dicadangkan bagi semua kenderaan asing yang memasuki Johor Bahru, melalui Koswe dan Laluan Kedua, akan memberi kesan minima kepada para penduduk Singapura.


Menteri di Pejabat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata bilangan pelancong yang datang dari seberang tambak tidak akan turun secara mendadak kerana bayaran permit yang dikenakan itu.


Malah, penduduk Singapura akan tetap ke Malaysia untuk membeli makanan dan barangan yang lebih murah.


"Bahkan dengan bayaran permit RM20 yang dicadangkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin, ia hanya bersamaan S$7.50 bagi penduduk Singapura.


"Saya rasa tidak ada apa-apa yang mereka harus bimbangkan berbanding harga VEP S$35 yang akan dikenakan kepada kenderaan asing yang memasuki Singapura bermula bulan depan," kata Datuk Wee di sidang akhbar di Gelang Patah.


Perdana Menteri Najib Razak telah menyatakan bahawa keputusan untuk melaksanakan bayaran VEP diambil setelah permintaan dibuat dari Kerajaan Negeri Johor dengan tarikh permulaan dan kadar bayaran akan diumumkan kemudian.


Penguasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) baru-baru ini mengumumkan bahawa kadar VEP untuk kenderaan asing yang memasuki pulau ini akan dinaikkan dari S$20 (RM50) ke S$35 (RM85.70) bermula bulan depan. - The Star




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >