BESUT: Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan maut, dipercayai tercekik setelah tertelan sebatang skru ketika bermain-main bersama dua abangnya di rumah mereka di Felda Selasih dekat sini petang kelmarin.
Dalam kejadian pada kira-kira 2.30 petang itu, mangsa, Adam Najmi Yusmadi, sedang ditemani abangnya, Muhammad Nazrin, lima tahun; dan Muhamad Nor Adha, tiga tahun, sementara ibu mereka, Cik Nor Faizah Mat Deris, 23 tahun, pula mandi.