Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bayi ditemui dalam bagasi di lapangan terbang Manila

Sep 05, 2019 | 10:49 AM



MANILA - Seorang wanita Amerika ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (Naia) pada awal pagi Rabu (4 September) selepas pihak berkuasa menemui bayi di dalam bagasinya.



Timbalan jurucakap Biro Imigresen, Encik Melvin Mabulac, mengenal pasti wanita itu sebagai Jennifer Talbot, 43 tahun.



Dia kemudian diserahkan kepada Biro Siasatan Kebangsaan Filipina (NBI) untuk dipersoal.



Encik Melvin memberitahu lelaman Inquirer.net bahawa Jennifer sepatutnya berlepas dari Manila ke Amerika Syarikat pada Rabu, tetapi ditahan pegawai lapangan terbang di Terminal 3 Naia apabila mereka menemui seorang bayi tanpa dokumen di dalam bagasinya sekitar 6.20 pagi.



Encik Melvin berkata pihak berkuasa tidak dapat mengesahkan umur bayi tersebut, serta memastikan jika Jennifer merupakan penjaga yang sah kepada bayi itu, kerana tiada dokumen pelepasan yang menunjukkan maklumat tentang bayi itu ditemui.



Jennifer juga tidak memiliki sebarang dokumen yang menunjukkan bahawa dia mempunyai kuasa membawa bayi itu ke luar negara bersamanya.



Sementara siasatan dijalankan, bayi itu akan diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Filipina.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >