Bayi tidak cukup bulan yang 'pecah rekod' pulang dari hospital Tokyo

TOKYO: Seorang bayi yang dilahirkan di Tokyo dengan berat seperti bawang besar telah pulang ke rumah dalam keadaan sihat.

Dia merupakan bayi lelaki baru lahir paling kecil di dunia keluar hospital dengan selamat.

Bayi kecil dengan berat badan 268 gram dilahirkan pada 24 minggu setelah dia berhenti membesar di dalam rahim.

Saiznya amat kecil sehingga boleh muat dalam dua tangan seorang dewasa.

Namun selepas rawatan lima bulan, berat badannya kini 3.238 kilogram dan telah dibenarkan pulang, kata Hospital Universiti Keio.

Bayi itu dibenarkan pulang minggu lalu, dua bulan selepas tarikh bersalin, menurut media setempat.

Hospital itu berkata bayi lelaki tersebut dipercayai mencatat rekod bayi lelaki baru lahir paling kecil yang dibenarkan pulang dari hospital dalam keadaan kesihatan baik.

Rekod itu sebelum ini dipegang oleh bayi lelaki yang dilahirkan di Jerman pada 2009 dengan berat badan 274 gram, kata hospital itu, menukil pendaftaran yang dikumpul Universiti Iowa bagi bayi paling kecil dunia yang selamat.

Bayi perempuan paling kecil yang selamat pula dilahirkan di Jerman pada 2015 dengan berat 252 gram, menurut pendaftaran itu. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:52
Syuruk
7:08
Zuhur
1:13
Asar
4:12
Maghrib
7:15
Isyak
8:24
3 HR PSI: 45
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.