Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bayi yang ditemui dalam beg plastik dan dirawat di S'pura meninggal dunia di Vietnam

Jul 13, 2019 | 02:10 PM



BAYI perempuan warga Vietnam yang telah dirawat di Singapura setelah ditemui dibiarkan dalam beg plastik di Vietnam telah meninggal dunia.



Trieu Hoai An yang berusia tiga bulan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada sekitar 4 pagi semalam (Jumaat, 12 Jul) di Biara Hue Quang di Bandar Da Lat, Vietnam.



Dalam satu pos di Facebook, penjaganya, Venerable Minh Tai, menulis Hoai An terjaga dari tidurnya dan menangis pada sekitar 3 pagi, tetapi dapat ditidurkan semula setelah diberi susu oleh biarawati yang menjaganya.



Pada sekitar 4 pagi, apabila biarawati itu mahu melihat keadaannya, beliau mendapati bayi tersebut tidak bernafas.



Hoai An ditemui tergantung dalam sebuah beg plastik di pokok di ladang kopi oleh seorang tukang kebun yang mendengar tangisannya, menurut laporan The Straits Times.



Kulitnya  sakit terkena selaran matahari dan dia mempunyai beberapa kesan gigitan serangga.



Kepalanya juga bengkak dan mata serta hidungnya berulat.



Kisahnya yang menyayat hati itu menerima perhatian orang ramai yang mendermakan wang bagi rawatannya di Hospital Mount Elizabeth di Singapura.



"Dia merupakan bayi yang cekal meskipun dengan kondisinya sebegitu. Kami ingin menyampaikan ucap takziah kepada Venerable Minh Tai dan penjaganya. Semoga Hoai An selamat di sana," kata seorang jurucakap hospital tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >