Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Beberapa cedera dalam letupan bom di acara peringatan Perang Dunia Pertama di Jeddah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Beberapa cedera dalam letupan bom di acara peringatan Perang Dunia Pertama di Jeddah

Nov 11, 2020 | 10:16 PM

JEDDAH: Beberapa individu cedera selepas satu letupan bom berlaku semasa acara peringatan Perang Dunia Pertama yang dihadiri diplomat Eropah di Jeddah, Arab Saudi.

Pemerintah Perancis berkata serangan di tanah perkuburan bukan Islam itu adalah serangan kedua di negara itu dalam waktu kurang sebulan.

Ini sedang Presiden Perancis Emmanuel Macron berusaha meredakan kemarahan negara Islam atas kartun satira Nabi Muhammad.

"Acara tahunan memperingati berakhirnya Perang Dunia Pertama di tanah perkuburan bukan Islam di Jeddah, yang dihadiri beberapa konsulat, termasuk dari Perancis, menjadi sasaran serangan IED (alat letupan improvisasi) pagi ini, yang mencederakan beberapa orang," kata kementerian luar Perancis.

"Perancis mengecam keras serangan pengecut dan tidak munasabah ini," tambah kementerian itu lagi.

Televisyen kerajaan Arab Saudi berkata pihak berkuasa telah memastikan keselamatan tanah perkuburan itu sambil menambah trafik di kawasan itu adalah normal. 

TV Ekhbaria menunjukkan rakaman jalan-jalan di sekitar perkuburan bukan Islam itu dan menyatakan keadaan stabil.

Kedutaan Perancis di Riyadh telah mendesak warganya di Arab Saudi supaya berhati-hati.

Letupan pada Rabu (11 Nov) itu berlaku sedang Encik Macron, sasaran kemarahan sebahagian besar dunia Islam kerana bersumpah mahu menentang radikalisme Islam berikutan beberapa serangan, menghadiri upacara peringatan Perang Dunia Pertama di Paris.

Encik Macron telah tegas mempertahankan hak untuk menerbitkan kartun yang dianggap menyinggung perasaan beberapa pihak, termasuk lukisan Nabi Muhammad yang dicetak oleh majalah satira Charlie Hebdo.

Pendirian Encik Macron itu telah menimbulkan kemarahan ramai orang Islam, mendorong tunjuk perasaan di beberapa negara di mana gambar beliau dibakar dan kempen memboikot produk Perancis dilancarkan. - AFP, Reuters

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3