Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Beberapa kawasan M'sia putus bekalan elektrik

Jul 28, 2022 | 07:32 AM



Penduduk di beberapa kawasan Semenanjung Malaysia dikejutkan dengan gangguan bekalan elektrik sejak jam 12.39 tengah hari melibatkan 2.2GW yang merupakan 10 peratus daripada keseluruhan permintaan bekalan.



Berikutan gangguan tersebut menyebabkan beberapa bangunan utama menjadi gelap dan pengangkutan awam seperti perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) terhenti sekaligus mengakibatkan urusan harian orang ramai terjejas.



Syarikat pembekal tenaga elektrik, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataan awalnya memaklumkan antara kawasan terlibat adalah di Petaling Jaya, Cheras dan Bangi di Selangor, Bayan Lepas dan Seberang Jaya Pulau Pinang dan Bandar Indera Mahkota, Kuantan Pahang.



"Bagaimanapun, bekalan telah dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh 20 hingga 40 minit di semua kawasan terlibat kecuali di kawasan-kawasan terbabit di Lembah Klang," katanya dalam satu kenyataan di media sosial semalam.



Siasatan TNB mendapati gangguan bekalan bermula jam 12.39 tengah hari yang berpunca kerosakan di salah satu peralatan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Yong Peng North di Yong Peng, Johor.



Pihak TNB akan memaklumkan kepada para pelanggan dari masa ke semasa dan mohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini.



Sementara itu, perkhidmatan LRT membabitkan laluan Ampang - Sri Petaling, yang terjejas akibat putus bekalan elektrik tengah hari semalam kembali pulih sepenuhnya pada jam 1.35 tengah hari tadi.



Rapid Rail Sdn Bhd berkata perkhidmatan LRT laluan berkenaan telah diselaraskan dan jadual perjalanan kembali normal.



Terdahulu perkhidmatan LRT Laluan Ampang - Sri Petaling dilaporkan mengalami gangguan pada jam 12.48 tengah hari tadi membabitkan 11 stesen dari Stesen LRT Bandar Tun Razak hingga Stesen LRT Pusat Bandar Puchong.



"Akibat masalah ini, tren bergerak dengan lebih perlahan dan berhenti lama di platform. Penumpang yang terjejas telah ditawarkan kupon perjalanan sehala secara percuma yang perlu tebus di kaunter khidmat pelanggan," kata syarikat itu dalam kenyataan.



Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula dalam reaksi segeranya melaporkan, lampu isyarat di sekitar bandar raya itu tidak berfungsi atau mengalami gangguan.



Sehubungan itu, menurut DBKL, pengguna jalan raya diminta berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.



"Petugas Warden Trafik DBKL telah diarah untuk mengawal serta mengawasi trafik di jalan-jalan utama," katanya.



Dalam kalangan pengguna yang terjejas menceritakan keadaan mereka menerusi media sosial. Perkongsian orang ramai menerusi ciapan di laman Twitter umpamanya menunjukkan beberapa pusat beli-belah dan pasar raya di ibu negara juga bergelap.



Sementara itu, TNB telah berjaya memulihkan sepenuhnya bekalan elektrik kepada semua kawasan yang mengalami gangguan elektrik pada jam 3:02 petang.



Kebanyakan kawasan terjejas berjaya dipulihkan secara berperingkat seawal 20 minit gangguan berlaku hasil usaha berterusan Pasukan Teknikal TNB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >