Subuh
5:52
Syuruk
7:09
Zuhur
1:13
Asar
4:14
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Beberapa negara Eropah laksana sekatan bendung penularan Omicron

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Beberapa negara Eropah laksana sekatan bendung penularan Omicron

Dec 21, 2021 | 05:30 AM

THE HAGUE: Negara-negara di merata Eropah telah mengetatkan sekatan bagi menyekat penularan varian Omicron, dan Belanda telah menjadi negara Eropah pertama untuk mengumumkan sekatan sepenuhnya bagi memerangi varian itu.

Para pemimpin Belanda telah mengarahkan penutupan semua kedai menyediakan khidmat tidak penting, restoran, gimnasium, tempat kebudayaan, sukan di kawasan terbuka, bar dan sekolah mulai kelmarin hingga pertengahan Januari.

Perdana Menteri Belanda, Encik Mark Rutte berkata dalam satu sidang berita Sabtu lalu bahawa keadaan sekarang adalah teruk untuk semua orang, khususnya hari sebelum cuti.

Menurut beliau, gelombang Covid-19 yang kelima adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan dan akan berlaku kerana varian baru itu mudah merebak.

"Kami harus bertindak sekarang demi mengelak senario paling buruk," ujar Encik Rutte.

"Tanpa langkah-langkah ini, kita akan menyaksikan keadaan yang tidak terkawal permulaan Januari nanti."

Belanda, yang lazimnya merupakan negara yang teratur, berdepan dengan lebih banyak cabaran berbanding negara kaya lain dalam mengawal penularan koronavirus dan kempen suntikan penggalak telah berjalan dengan agak perlahan.

Menteri Kesihatan Belanda, Encik Hugo de Jonge berkata usaha memberi suntikan penggalak secara beramai-ramai akan ditingkatkan lagi.

"Kami perlu melakukan ini untuk mengambil masa dan meneliti kesan varian Omicron dan sejauh mana ia akan menjejas kami," kata Encik de Jonge.

Para penyelidik sedang berlumba-lumba untuk menentukan jika varian itu mempunyai kemudaratan yang lebih atau kurang, berbanding dengan virus sebelumnya.

Langkah-langkah rasmi terhadap koronavirus tidak selalunya disambut baik di kalangan warga Belanda.

Kemarahan berhubung sekatan separuh negara dan sekatan lain telah mencetuskan bantahan, yang kadangkala ganas, bulan lalu dan awal tahun ini, di beberapa bandar.

Negara Eropah lain juga telah mengambil tindakan apabila mereka mengesan varian Omicron dalam jumlah kes yang semakin meningkat.

Austria telah mengumumkan sekatan kemasukan lebih tegas bagi pelancong yang tidak mengambil suntikan penggalak.

Di Denmark - antara negara pertama di Eropah yang menyaksikan lonjakan kes varian baru itu - telah menutup teater, dewan konsert dan taman hiburan.

Ireland telah mengenakan sekatan masa pulang ke rumah pada 8 malam ke atas pub dan bar mulai Sabtu lalu, sebagai antara sekatan baru.

Semua negara kini memerhatikan Britain, yang paling terjejas teruk di rantau itu sejauh ini, dengan sebanyak 37,101 kes Omicron yang disahkan kelmarin.

Britain melaporkan sebanyak 90,418 kes koronavirus baru pada Sabtu, berbanding kadar rekod, 93,000 pada Jumaat.

Jumlah kes telah melonjak 44.4 peratus selama tujuh hari sehingga Sabtu, berbanding minggu sebelumnya.

Menteri kesihatan Britain, Encik Sajid Javid tidak mengecualikan kemungkinan sekatan lebih ketat sebelum Krismas.- Agensi berita.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3