Beberapa negara tolak dapatan WHO; gesa China beri 'akses penuh' kepada pakar siasatan, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:10
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Dunia0

Beberapa negara tolak dapatan WHO; gesa China beri 'akses penuh' kepada pakar siasatan

Apr 01, 2021 | 05:30 AM

GENEVA: Data tidak didedahkan kepada para penyiasat dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang pergi ke China bagi menyelidik asal usul pandemik koronavirus telah menimbulkan lebih banyak persoalan, dengan sebahagian negara menolak hasil laporan yang telah disediakan.

Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan lain-lain negara Barat dengan serta-merta mendesak China supaya memberi "akses penuh" kepada pakar bebas ke atas kesemua data tentang asal penularan yang berlaku pada lewat 2019 itu.

Dalam laporan akhir, yang ditulis secara bersama dengan saintis China, satu pasukan yang dipimpin WHO yang meluangkan masa empat minggu di dalam dan sekitar Wuhan pada Januari dan Februari lalu berkata virus itu mungkin telah menular daripada kelawar ke manusia menerusi satu binatang lain, di samping menolak kemungkinan berlakunya kebocoran di makmal.

Salah seorang penyiasat dalam pasukan WHO berkata, China enggan memberi data mentah bagi kes-kes awal Covid-19 kepada pasukannya, berpotensi merumitkan lagi usaha untuk memahami bagaimana pandemik sedunia ini bermula.

"Dalam perbincangan saya dengan pasukan, mereka menzahirkan kesukaran yang dihadapi dalam mendapatkan data mentah," kata Pengarah Agung WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, kelmarin.

Berita Popular

"Saya jangka kerjasama penyelidikan di masa depan akan merangkumi data yang menyeluruh dan dapat dikongsikan bertepatan masa."

Ketidakupayaan misi WHO dalam memuktamadkan di mana atau bagaimana virus ini mula merebak ke atas manusia bermakna, ketegangan akan terus berlaku terhadap persoalan bagaimana pandemik ini bermula - dan sama ada China telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam usaha mengetahui puncanya, atau seperti didakwa Amerika Syarikat, telah mencegah mereka daripada mengetahuinya.

"Kajian pakar antarabangsa terhadap sumbar virus SARS-CoV-2 telah tertangguh agak lama dan kekurangan akses bagi melengkapkan laporan dengan sampel dan data asli virus," kata Australia, Canada, Republik Czech, Denmark, Estonia, Israel, Jepun, Latvia, Lithuania, Norway, Korea, Slovenia, Britain, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah dalam satu kenyataan bersama.

Meskipun pasukan penyiasat telah memuktamadkan bahawa kebocoran dari sebuah makmal di Wuhan tidak mungkin jadi tanggapan utama bagi virus yang menyebabkan Covid-19, Dr Tedros berkata isu itu memerlukan siasatan lanjut, dengan lebih banyak misi ke China.

"Saya tidak percaya penilaian ini adalah mendalam," katanya kepada negara anggota dalam ucapan yang dikongsikan WHO.

"Kajian dan data lebih banyak diperlukan bagi mencapai kata putus yang lebih jelas." - Reuters.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map