Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Beberapa penerbangan antara Ipoh-S'pura dibatal akibat Jerebu

Sep 22, 2019 | 04:51 PM



IPOH/KUALA LUMPUR - Beberapa penerbangan antara Ipoh, Malaysia dengan Singapura telah dibatalkan pagi Ahad (22 Sept) akibat jerebu yang menjejas penglihatan di udara, lapor The Straits Times.



Daripada 14 penerbangan yang dijadualkan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, enam telah dibatalkan.



Menurut pengurus lapangan terbang itu, Encik Mohd Ali Osman penerbangan yang dibatalkan itu adalah bagi penerbangan menuju ke Johor Baru, Ipoh dan Singapura, termasuk perjalanan pulangnya yang diuruskan oleh syarikat Air Asia.



Selain daripada Air Asia, syarikat penerbangan tambang murah, FlyScoot juga membatalkan penerbangan bagi destinasi tersebut.



Encik Ali berkata: “Jarak penglihatan di udara pada pukul 7 pagi Ahad, adalah hanya sedekat 2000m,"



Di samping penglihatan yang kurang baik, mutu udara juga di paras ‘tidak sihat’ dek jerebu telah melanda beberapa daerah di Malaysia termasuk Johor, Kedah, Melaka, Pahang, Terengganu dan Kuala Lumpur pada pagi Ahad ini. 



Kota Sri Aman yang terletak di Sarawak pula dilanda bacaan Indeks Pencemaran Udara yang berada di paras ‘sangat tidak sihat’ sekitar 12 tengahari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >