Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Beberapa sekutu PKR Azmin Ali akan kekal dalam parti

Feb 25, 2020 | 09:50 AM



KLANG: Beberapa sekutu Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Azmin Ali dalam dewan perundangan Selangor akan kekal dalam parti itu buat masa ini walaupun tanpa kehadiran Datuk Azmin.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari, salah seorang anak didik Datuk Azmin, telah memanggil wakil negeri PKR ke kediaman rasminya pada Isnin (24 Februari) untuk membincangkan perubahan keadaan politik negara itu.


Salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang menghadiri perhimpunan tersebut berkata bahawa Datuk Amirudin telah menetapkan pendiriannya mengenai hal ini kepada mereka.


“Amirudin telah secara jelas berkata bahawa dia akan berdiri teguh dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR.


“Dia juga berkata bahawa dia akan melindungi pemerintah Pakatan Harapan di Selangor,” kata Adun itu.


Adun itu berkata ia amat mengejutkan bahawa setiausaha politik Datuk Azmin dan Adun Gombak, Encik Hilman Idham tidak menyatakan sama ada beliau akan meninggalkan parti itu untuk menyertai bos dan mentornya.


Encik Hilman tidak hadir di perhimpunan pada Isnin itu.


Selain Encik Hilman, Adun lain yang tidak menghadiri mesyuarat di kediaman rasmi Menteri Besar termasuk Encik Najwan Halimi (Kota Anggerik), Cik Rodziah Ismail (Batu Tiga) dan Cik Haniza Talha (Lembah Jaya). - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >