Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Beberapa syarikat mahu tangguh derma politik kepada penentang Biden

Jan 12, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON/NEW YORK: Beberapa syarikat besar telah menyatakan rancangan mereka untuk menangguhkan sumbangan kepada penggubal undang-undang Amerika Syarikat yang mengundi minggu lalu untuk menentang pengesahan kemenangan Presiden Dipilih, Encik Joe Biden.



Syarikat itu termasuk Marriott International, syarikat hotel terbesar di dunia, dan Blue Cross Blue Shield Association (BCBSA).



"Kami telah menimbangkan insiden di Capitol yang mahu melemahkan pilihan raya yang sah dan adil, dan akan menghentikan pendermaan politik daripada Jawatankuasa Tindakan Politik kami kepada mereka yang mengundi menentang pengesahan (keputusan) pilihan raya," kata jurucakap Marriott, Cik Connie Kim, sekali gus mengesahkan laporan di Popular Information, satu buletin politik.



Sementara itu BCBSA - satu persekutuan bagi 36 syarikat bebas yang menyediakan liputan penjagaan kesihatan bagi satu daripada setiap tiga orang di Amerika - berkata "memandangkan serangan ganas dan mengejutkan ke atas Capitol, Amerika, dan undi beberapa anggota Kongres menentang keputusan pilihan raya November dengan mencabar keputusan Badan Perwakilan Pemilih, BCSBA akan menangguhkan sumbangan kepada penggubal undang-undang yang mengundi untuk menjejas demokrasi kita".



Penyokong Presiden Donald Trump telah menyerbu Capitol pada Rabu lalu dalam usaha mengganggu sidang Kongres yang sedang mengesahkan secara rasmi kemenangan Encik Biden dalam pilihan raya presiden November lalu.



Seorang senator Republikan Ahad lalu telah mendesak Encik Trump untuk mengundurkan diri, dengan mengatakan beliau boleh menghadapi tindakan undang-undang jenayah.



Sementara itu, firma JPMorgan Chase mengatakan kelmarin bahawa pihaknya juga akan menghentikan buat sementara waktu semua sumbangan untuk sekurang-kurangnya enam bulan mendatang, sambil menambah bahawa "tumpuan pemimpin perniagaan, pemimpin politik, pemimpin sivik sekarang harus kepada perihal pemerintahan dan mendapatkan bantuan kepada mereka yang sangat memerlukannya sekarang".



"Akan ada banyak masa untuk berkempen nanti," ujar firma itu.



Citigroup Inc pula mengatakan dalam satu memo kepada pekerjanya yang dilihat oleh Reuters bahawa ia akan menyemak semula penggubal undang-undang yang mengetuai usaha menentang pengesahan keputusan pilihan raya.



"Kami berhasrat menghentikan buat sementara sumbangan kami pada suku ini sedang negara melalui tempoh peralihan Presiden dengan harapan (negara ini) muncul daripada peristiwa ini lebih kuat dan lebih bersatu," tulis Cik Candi Wolff, ketua urusan pemerintahan global firma kewangan itu.



Seorang jurucakap Walmart berkata pihaknya melakukan semakan pada setiap kitaran pilihan raya untuk "memeriksa dan menyesuaikan strategi pendermaan politik kami".



Dalam perkembangan berkaitan, syarikat pembayaran digital Amerika, Stripe Inc, akan berhenti memproses pembayaran bagi laman web kempen Encik Trump menyusuli rusuhan itu, kata seorang jurucakap syarikat itu. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >