Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Beijing akan balas dendam jika Trump mungkiri dasar 'satu China': Global Times

Jan 09, 2017 | 10:48 AM



SHANGHAI: Akhbar China yang dikendali negara, Global Times, memberi amaran kepada bakal presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, pada Ahad (8 Jan) bahawa Beijing akan berusaha "membalas dendam" jika beliau memungkiri dasar 'satu China'.



Ini hanya beberapa jam selepas Presiden Taiwan, Cik Tsai Ing-wen, singgah di Houston, Amerika, dalam perjalanan ke Amerika Tengah bagi lawatan ke beberapa negara.



Cik Tsai bertemu ahli parlimen kanan Amerika daripada parti Republikan, parti Encik Trump, semasa persinggahan dalam penerbangan ke Honduras, Nicaragua, Guatemala dan El Salvador itu.



Beijing telah meminta Washington tidak membenarkan beliau memasuki Amerika dan mengadakan sembarang mesyuarat rasmi pemerintah di bawah dasar 'satu China'.



"Mematuhi prinsip (satu China) bukan permintaan tidak menentu oleh China kepada presiden Amerika Syarikat, tetapi satu tanggungjawab presiden Amerika Syarikat bagi mengekalkan hubungan China-AS dan menghormati susunan sedia ada bagi Asia Pasifik," kata lidah pengarang Global Times.



Tabloid berpengaruh itu diterbitkan oleh media rasmi Parti Komunis yang memerintah, People's Daily.



Encik Trump mencetuskan bantahan dari Beijing bulan lalu dengan menerima panggilan telefon ucapan tahniah daripada Cik Tsai dan mempersoal pendirian lama Washington bahawa Taiwan sebahagian daripada negara China.



Encik Trump telah berkata beliau tidak akan menemui Cik Tsai.



Global Times berkata Beijing tidak perlu berasa berterima kasih kepada Encik Trump kerana tidak menemui Cik Tsai, dan menambah: "Jika Trump memungkiri dasar satu China selepas mengambil alih jawatan, rakyat China akan menuntut pemerintah membalas dendam. Tiada ruang untuk tawar-menawar."



Global Times juga menyasarkan Cik Tsai dalam lidah pengarang itu, dengan berkata China mungkin mengenakan tekanan ketenteraan lanjut terhadap Taiwan.



"Tanah besar harus menggerakkan semua langkah yang mungkin untuk mencerut diplomasi Taiwan dan mengenakan satu tamparan hebat kepada ekonomi Taiwan,"katanya.



"Ia juga harus mengenakan tekanan ketenteraan ke atas Taiwan dan menolaknya ke pinggir penyatuan semula melalui kekerasan, untuk menjejaskan sokongan bagi pentadbiran Tsai," katanya. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >