Beijing belanja besar beli hartanah di Hongkong

HONGKONG: Pemerintah China telah membelanjakan sekurang-kurangnya AS$70 juta ($99 juta) membeli hartanah di Hongkong sepanjang 12 bulan lalu, menurut rekod rasmi negara itu, sedang Beijing meluaskan kehadirannya selepas bantahan demokrasi besar-besaran menimbulkan ketegangan di bandar itu.

Tiga sumber yang rapat dengan pegawai China berkata langkah itu mencerminkan keinginan Beijing mengetatkan cengkaman di Hongkong selepas gerakan penentangan awam 'Occupy Central' yang diterajui golongan belia tahun lalu memaparkan cabaran politik terbesar kepada para pemimpin Parti Komunis China sejak berdekad-dekad.

$0.99/bulan
Selama enam bulan*!
Hubungi 6388 3838
*Sah hanya dengan langganan setahun

Galeri Foto