Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SRI LANKA

Bekalan petrol cukup untuk sehari saja, $105j diperlu segera bayar import penting

PM baru umum syarikat penerbangan negara akan diswasta bagi bayar hutang
May 18, 2022 | 05:30 AM



COLOMBO: Perdana Menteri baru Sri Lanka, Encik Ranil Wickremesinghe, berkata negara yang dilanda krisis itu kini mempunyai bekalan petrol hanya untuk sehari.



Ini sedang menteri tenaganya memberitahu rakyat jangan menyertai barisan panjang untuk mendapatkan bahan tenaga itu, yang mencetuskan bantahan antipemerintah selama berminggu-minggu.



Encik Wickremesinghe, yang dilantik Khamis lalu, berkata dalam satu ucapan kelmarin negara itu memerlukan segera AS$75 juta ($105 juta) pertukaran asing untuk membayar import penting.



"Buat masa ini, kita hanya mempunyai bekalan petrol buat sehari. Beberapa bulan mendatang adalah paling sukar dalam hidup kita," katanya.



"Kita mesti persiapkan diri untuk melakukan beberapa pengorbanan dan menghadapi cabaran dalam tempoh ini."



Dua penghantaran petrol dan dua diesel menggunakan kredit negara jiran India boleh memberi sedikit kelegaan dalam beberapa hari ini, tambahnya, tetapi negara itu juga menghadapi kekurangan bekalan 14 ubat penting.



Beliau berkata negara itu akan menswastakan syarikat penerbangan negara kendalian pemerintah, Sri Lanka Airlines, bagi membantu membayar hutang.



Encik Wickremesinghe berkata beliau juga terpaksa membenarkan pencetakan lebih banyak wang bagi membayar gaji, walau akur langkah itu akan menambah tekanan ke atas mata wang rupee negara itu.



Krisis itu membawa kepada bantahan meluas terhadap Presiden Gotabaya Rajapaksa dan keluarganya, yang memuncak dengan peletakan jawatan abang sulungnya, Encik Mahinda, sebagai perdana menteri minggu lalu selepas pertempuran antara penyokong pemerintah dan penunjuk perasaan membunuh sembilan orang dan mencederakan 300.



Presiden menggantikan Encik Mahinda dengan Encik Wickremesinghe, seorang ahli parlimen pembangkang yang memegang jawatan itu lima kali sebelum ini, dalam usaha terdesak cuba menenangkan penunjuk perasaan.



Namun, penunjuk perasaan berkata mereka akan meneruskan kempen selagi Encik Gotabaya Rajapaksa kekal sebagai presiden.



Sementara itu, Parlimen Sri Lanka dijadual bersidang semula semalam dalam sesi empat hari yang boleh menyaksikan penggubal undang-undang mengundi timbalan speaker baru dan menimbangkan krisis kewangan yang melanda negara itu.



Parti pembangkang utama berkata ia tidak akan mengambil sebarang jawatan menteri dalam pemerintah baru dan mahu berusaha ke arah menamatkan pemerintahan Presiden Rajapaksa.



Parti Samagi Jana Balawegaya menyatakan mereka akan terus mencari cara untuk menamatkan "pemerintahan Rajapaksa", yang merupakan langkah pertama dalam membina semula negara, kata ketuanya, Encik Sajith Premadasa, menerusi Twitter.



Selain itu, Peguam Negara telah mengarahkan polis menangkap penggubal undang-undang yang terlibat dalam pertembungan ganas minggu lalu antara penyokong Encik Mahinda dengan penunjuk perasaan, lapor media tempatan.



Penggubal undang-undang itu dilaporkan anggota parti pemerintah Podujana Peramuna, menurut laporan. - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >