SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Bekalan vaksin AS masih belum cukup

Bekalan vaksin AS masih belum cukup

Jan 18, 2021 | 5:30 AM

Bekalan vaksin AS masih belum cukup

NORMA BARU: Anggota pasukan pembelajaran Amtas kelihatan sedang memasuki pintu masuk premis Masjid Nabawi di mana mereka diperlukan menunjukkan status vaksinasi mereka kepada pegawai sebelum dibenarkan masuk. - Foto BH oleh HARITH MUSTAFFA
NORMA BARU: Anggota pasukan pembelajaran Amtas kelihatan sedang memasuki pintu masuk premis Masjid Nabawi di mana mereka diperlukan menunjukkan status vaksinasi mereka kepada pegawai sebelum dibenarkan masuk. - Foto BH oleh HARITH MUSTAFFA -

NEW YORK: Kekurangan bekalan vaksin Covid-19 yang berterusan kelmarin di Amerika Syarikat, telah diburukkan dengan permintaan yang semakin meningkat.

Ini selepas mereka yang sebelumnya diberi dos pertama vaksin mula kembali bagi dos kedua, sedang jutaan orang yang baru memenuhi syarat mendapatkan vaksin, mahu mendapatkan dos pertama mereka.

Jurang antara bekalan dan permintaan itu, yang timbul sedang usaha vaksinasi di Amerika memasuki bulan kedua, mendorong beberapa sistem penjagaan kesihatan untuk menangguhkan janji temu bagi pencari vaksin kali pertama, dengan satu sistem penjagaan kesihatan New York terpaksa membatalkan beberapa janji temu yang sudah dibuat.

"Sedang (angka) kelayakan meningkat, ini hanya meningkatkan permintaan, tetapi kami tidak dapat meningkatkan bekalan," kata jurucakap sistem Northwell Health, Encik Joe Kemp kepada Reuters.

Northwell, penyedia penjagaan kesihatan terbesar di New York, hanya akan menawarkan janji temu selepas mendapat lebih banyak vaksin, dan hanya setelah memperuntukkan dos kepada orang yang dijadualkan bagi suntikan kedua mereka, kata Encik Kemp.

Walaupun aliran bekalan tidak menentu, Northwell berharap dapat menawarkan janji temu pada minggu-minggu mendatang, tambahnya.

Selain New York, tekanan kepada bekalan vaksin juga dilihat di negeri Vermont, Michigan, South Carolina, New Jersey dan Oregon.

Mayor New York City, Encik Bill de Blasio, berkata Jumaat lalu bahawa sedang pihak penguasa bandar itu meningkatkan keupayaan vaksinasi, bekalan yang diterima masih amat sedikit dengan 100,000 dos seminggu, yang akan menimbulkan masalah besar kepada program vaksinasinya dalam beberapa minggu mendatang. - Reuters.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg