Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bekas diplomat Romania dipenjara enam tahun

Feb 14, 2014 | 03:03 PM



BUCHAREST - Mahkamah Rayuan semalam menggandakan hukuman penjara - daripada tiga tahun kepada enam tahun - ke atas bekas diplomat Romania yang disabit kesalahan bagi kes langgar lari yang berlaku di Singapura pada 2009.


Silviu Ionescu, yang merupakan kuasa usaha Romania di Singapura ketika itu, mulanya dihukum tiga tahun penjara selepas didapati salah kerana melanggar tiga pejalan kaki pada Disember 2009 semasa sedang memandu sebuah kereta milik kedutaan Romania di sini.


Salah seorang pejalan kaki itu, warga Malaysia berumur 30 tahun, terkorban.


Dua hakim Mahkamah Rayuan, Dorei Matei dan Ion Tudiran, menolak bulat-bulat rayuan Ionescu agar dilepaskan daripada tuduhan.


Kedua-dua hakim itu menerima rayuan Pendakwa Raya Romania ke atas hukuman awal yang dijatuhkan ke atas Ionescu, yang disifatkan pemerintah negara itu, sebagai "terlalu ringan", menurut Agensi Berita Mediafax.


Menurut keputusan yang diputuskan Mahkamah Rayuan - yang muktamad - Ionescu dipenjara enam tahun kerana menyebabkan kematian dalam keadaan teruk, dua setengah tahun penjara kerana menyebabkan kecederaan teruk pada tubuh badan dan empat tahun penjara kerana meninggalkan tempat berlakunya kemalangan.


Menurut undang-undang, kesemua hukuman berjalan serentak, jadi bekas diplomat itu akan dipenjara bagi hukuman paling berat sekali, yakni enam tahun, lapor Agensi Berita Mediafax.


"Kami menolak mentah-mentah dan tanpa ada sebarang asas terhadap rayuan-rayuan yang dirangkakan oleh tertuduh Ionescu Silviu," menurut kenyataan hukuman yang telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.


Perkhidmatan Pendakwaan Negara telah merayu kepada Mahkamah Rayuan di Bucharest, bahawa Ionescu bersalah bagi jenayah paling besar di mana dia tidak menunjukkan sedikitpun rasa kesal dan terus menafikannya, meskipun segala bukti yang ada tidak sedikitpun menyebelahinya.


Ionescu juga telah merencatkan dan memburukkan imej dan reputasi antarabangsa Romania akibat daripada perbuatan jenayahnya itu.


Memberikan kata-kata terakhirnya di depan hakim, Ionescu terus mendakwa dia bukan orangnya yang memandu kereta milik kedutaan itu, dan mendakwa, semasa kemalangan jalan raya itu berlaku, beliau sedang menghubungi polis Singapura untuk melaporkan bahawa kereta tersebut telah dicuri.


Peguam yang mewakili Kementerian Ehwal Luar Romania, turut meminta Mahkamah agar mengarahkan pembayaran balik sejumlah $13,340, yang merupakan jumlah kos bagi melupuskan kereta yang rosak itu dalam tempoh lebih tiga tahun.


Mahkamah menerima tuntutan bagi kerosakan itu dan mengarahkan syarikat insuran Romania yang yang memberikan perlindungan insuran bagi kereta berkenaan untuk membuat pembayaran kepada pemerintah Romania jumlah yang menyamai $15,985, lapor Mediafax.


Peguam Ionescu tidak dapat dihubungi dengan segera untuk memberikan komennya.


Semasa perbicaraannya, yang bermula pada 2010, bekas diplomat itu berkali-kali menyatakan dia telah dianiaya oleh pihak berkuasa Singapura kerana laporan-laporan kritikal yang dikirimkannya kepada kementerian luar Romania sebagai ketua misi diplomatiknya di negara ini.


Kes ini menyebabkan kemarahan ramai, tetapi disebabkan kekebalan diplomatik dan ketiadaan perjanjian ekstradisi bermakna, dia tidak boleh dibawa kembali ke Singapura untuk dibicarakan.


Pasukan pembelaan Ionescu menghujahkan semasa perbicaraan itu bahawa anak guam mereka harus dilepaskan daripada tuduhan kerana tidak ada bukti jelas yang mensabitkannya dengan jenayah tersebut.


Ionescu meninggalkan Singapura tidak lama selepas kemalangan itu. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >