Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bekas isteri Sultan Kelantan dakwa gadaikan cincin perkahwinan bagi tampung bil perubatan

Oct 09, 2019 | 08:15 AM



BEKAS ratu cantik Rusia, Oksana Voevodina, mendakwa beliau menggadaikan cincin perkahwinannya untuk membayar bil rawatan selepas bekas suaminya, Sultan Muhammad V dari Kelantan, meninggalkannya semasa beliau mengandung.



Dalam temu ramah dengan laman berita British Daily Mail, Voevodina, yang juga dikenali sebagai Rihana Oksana Petra, menyatakan beliau terpaksa menjual cincin Jacob Arabo bernilai £203,000 ($342,583) pada harga tiga kali lebih rendah dari nilainya kerana beliau amat memerlukan wang di akhir tempoh kehamilannya.



Bekas Miss Moscow itu telah menggadaikan cincin itu sebelum kelahiran anak lelakinya, Ismail Leon, kerana beliau telah meminjam wang bagi membayar kos hospital di Switzerland selama dua bulan.



Bayi itu dilahirkan pada 21 Mei.



Cik Voevodina, yang berusia 27 tahun itu, berkahwin dengan bekas Agong Malaysia tetapi diceraikan suaminya.



Berita mengenai penceraian mereka tersiar pada bulan Julai, dengan peguam Sultan di Singapura mengesahkan kepada The Straits Times (ST) pada 20 Julai bahawa perceraian itu telah dilaksanakan di Singapura pada 22 Jun mengikut undang-undang syariah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >