Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Bekas ketua agensi sekitaran bakal 'czar iklim' AS?

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Bekas ketua agensi sekitaran bakal 'czar iklim' AS?

Biden timbang lantik Gina McCarthy selaras dasar iklim seluruh negara
Dec 15, 2020 | 05:30 AM

WILMINGTON: Bakal presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, sedang menimbangkan melantik Cik Gina McCarthy, ketua Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) di bawah pentadbiran Presiden Barack Obama, sebagai 'czar iklim' dalam negeri yang bertugas menyelaras dasar iklim di seluruh agensi persekutuan, menurut dua sumber yang mengetahui rancangan itu.

Encik Biden juga menimbangkan Encik Michael Regan, yang mengetuai agensi alam sekitar di North Carolina, sebagai ketua EPA, kata dua sumber itu.

Sekiranya dilantik, Encik Regan akan menjadi pilihan mengejutkan berbanding calon Cik Mary Nichols, yang akan bersara daripada Lembaga Sumber Udara California, sebagai aktivis keadilan alam sekitar dan pemimpin hak sivil untuk mendorong lebih banyak kelainan dalam pentadbiran akan datang.

Pasukan peralihan Encik Biden tidak memberi respon terhadap permintaan untuk mengulas. Cik McCarthy, Encik Regan dan Cik Nichols juga demikian.

Encik Biden menjadikan kendalian perubahan iklim sebagai tunggak pemerintahannya yang akan datang, dan berusaha mengembalikan Amerika sebagai pemimpin global dalam masalah ini, sambil memaksa semua agensi persekutuan memikirkan semula peranan mereka dalam menangani masalah itu

Naib presiden di bawah pentadbiran Encik Obama itu memilih Encik John Kerry sebagai czar iklim global beliau, justeru menjadikannya sebahagian daripada pasukan keselamatan nasional Amerika dan menugaskannya bekerjasama dengan wilayah lain berhubung alam sekitar.

Jika dipilih, Cik McCarthy, yang kini berperanan sebagai presiden Peguam Pembela Sumber Asli, sebuah kumpulan alam sekitar nasional terkemuka, akan berfungsi sebagai rakan sejawat dalam negeri bagi Encik Kerry.

Menurut sumber lain, mantan gabenor Michigan, Cik Jennifer Granholm, juga sedang dipertimbang bagi jawatan itu.

Encik Biden dijangka membuat pengumumannya akhir minggu ini, yang akan diteliti oleh kumpulan sekitaran negara, kata sumber itu, termasuk pilihannya bagi memimpin EPA, czar iklim dalam negeri dan Jabatan Dalam Negeri.

Pilihan belum muktamad, jelas sumber itu.

Cik Nichols dianggap sebagai calon utama bagi jawatan ketua EPA tetapi peluangnya kini nampaknya berkurangan sedang Encik Biden berusaha mempelbagaikan pelantikan Kabinetnya, kata sumber itu.

Puluhan kumpulan keadilan alam sekitar di California baru-baru ini menulis surat kepada Encik Biden bagi menentang Cik Nichols, mengatakan beliau sering berpihak pada industri.

Dalam wawancara bersama agensi berita Reuters minggu lalu, Cik Nichols membela dirinya daripada kritikan tersebut, dan mengatakan kritik itu "mengecewakan" dan beliau akan tetap membela pekerjaannya serta orang-orang yang melaksanakannya.

Baru-baru ini, Encik Regan muncul sebagai calon utama mengejutkan, menurut tiga sumber yang mengetahui prosesnya.

Encik Regan mengepalai Jabatan Mutu Alam Sekitar North Carolina sejak 2017 dan menjadikannya sebahagian daripada usahanya membuat syarikat besar seperti Duke Energy bertanggungjawab terhadap pencemaran.

Di bawah kepimpinannya di agensi itu, Duke Energy bersetuju melaksana pembersihan abu arang batu terbesar di Amerika pada Januari. - Reuters.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3