Bekas Ketua Eksekutif HK Donald Tsang dipenjara 20 bulan kerana rasuah

HONG KONG - Mantan Ketua Eksekutif Hongkong Donald Tsang dijahuhi hukuman penjara 20 bulan pada Rabu (22 Feb) kerana salah laku semasa berkhidmat di pejabat awam tertinggi, menurut laporan The South China Morning Post mengenai perbicaraan rasuah berprofil tinggi itu.

Tsang menyangdang jawatan kepimpinan sebagai ketua eksekutif selama tujuh tahun dari 2005 dan merupakan pegawai kota paling kanan yang pernah disabitkan dalam perbicaraan jenayah.

Tsang didapati bersalah pada Jumaat gagal mendedahkan rancangannya untuk menyewa flat mewah daripada pelabur utama seorang penyiar, yang kemudiannya diberi lesen oleh pemerintah semasa dia menjadi ketua, menurut AFP.

Waktu Solat

Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
3 HR PSI: 17
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.