TOKYO - Seorang bekas pekerja loji nuklear Fukushima telah didapati menghidap barah yang dikaitkan dengan radiasi.
Pihak berkuasa Jepun berkata, ini merupakan pengesahan pertama dalam tempoh lebih empat tahun selepas berlakunya insiden pencemaran radiasi di loji tersebut yang musnah akibat tsunami.
Seorang pegawai kementerian kesihatan berkata bekas pekerja itu, yang berusia dalam lingkungan 30-an tahun semasa bekerja di loji tersebut menyusuli krisis 2011, didapati menghidap leukemia.
Beliau kini berusia 41 tahun.
"Kes tersebut memenuhi kriteria" untuk mengaitkan penyakitnya kepada kemalangan tersebut, kata pegawai tersebut dalam satu taklimat akhbar di Tokyo.
Beliau menolak punca-punca lain bagi penyakit itu.
Pekerja itu akan diberikan pampasan untuk membiayai kos perubatan dan pendapatannya yang hilang, tambah pegawai berkenaan.
Tiga lagi kes barah melibatkan pekerja loji tersebut masih menantikan pengesahan sama ada ia mempunyai kaitan dengan kemalangan nuklear itu. - AFP