, Berita - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Dunia0

Bekas pemandu Suu Kyi mungkin Presiden Myanmar

Mar 10, 2016 | 03:04 PM

NAYPYIDAW (Myanmar): Jika segalanya berjalan lancar dan seperti yang dirancang, bekas pemandu dan pembantu rapat pemimpin Myanmar, Cik Aung San Suu Kyi, akan dilantik sebagai presiden negara itu.

Pelantikan Encik U Htin Kyaw, 69 tahun, yang bersekolah dengan Cik Suu Kyi dan kini membantu menguruskan yayasan kebajikannya, dibuat selepas beberapa bulan spekulasi.

Cik Suu Kyi, yang memimpin Parti Liga Demokratik Kebangsaan (NLD) dan menang besar dalam pilihan raya umum lewat tahun lalu, bersedia memerintah negara berkenaan menerusi proksi yang dipercayai.

Malah, beliau berikrar berada 'di atas' presiden, walaupun dihalang menduduki jawatan tertinggi itu oleh Perlembagaan yang dirangka tentera negara tersebut.

NLD berusaha memenuhi mandat besar yang diberikan jutaan pengundi Myanmar dalam kemenangan besar NLD dalam pilihan raya November lalu.

Discover Malay Home Based Businesses

"Saya mahu mencadangkan U Htin Kyaw, daripada NLD," kata ahli Parlimen Dewan Rakyat NLD, Encik Khin San Hlaing, yang juga akan mencadangkan calon lain daripada Dewan Negara.

Pemilihan Encik Htin Kyaw, tidak diketahui ahli Parlimen partinya sendiri yang bimbang ia menjejaskan peralihan kuasa di negara yang menyaksikan tentera masih berpengaruh.

Namun proses pemilihan pemimpin untuk menggantikan Presiden Thein Sein masih belum berakhir. - AFP

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map