Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Bekas pengerusi Felda Isa Samad dipenjara 6 tahun, didenda $5j

Bekas menteri besar Negeri Sembilan telah didapati bersalah terima rasuah
Feb 04, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta (S$5.09 juta) oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam, selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, tujuh tahun lalu.



Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara masing-masing enam tahun bagi sembilan pertuduhan dihadapi Mohd Isa, 72 tahun, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dalam semua sembilan pertuduhan yang dihadapi tertuduh.



Bagaimanapun, hukuman penjara itu diarahkan berjalan serentak.



Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani tambahan hukuman penjara masing-masing dua tahun sekiranya gagal membayar denda berkenaan.



Terdahulu, Isa Samad melalui imej pautan video dilihat tenang dan hanya mendiamkan diri di kandang tertuduh sebaik mahkamah membacakan keputusannya.



Hanya isteri dan anak lelaki beliau dibenarkan memasuki kamar mahkamah dan mengikuti prosiding itu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Hakim Mohd Nazlan ketika membuat keputusan itu berkata hukuman dijatuhkan adalah bagi memberi peluang kepada pesalah melakukan pemulihan dan juga pengajaran untuk tertuduh dan orang lain supaya tidak melakukan kesalahan serupa.



"Mahkamah mengambil maklum latar belakang tertuduh dan rekod pentadbiran serta penglibatannya dalam politik negara di mana tertuduh telah berkhidmat sebagai Menteri Besar selama dua dekad dan juga sebagai Menteri Kabinet.



"Kesalahan berkaitan rasuah adalah serius yang menggugat ekonomi negara dan merupakan barah yang menjejaskan sistem demokrasi negara.



"Oleh itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan dihadapi tertuduh dan memerintahkan hukuman berjalan serentak.



"Mahkamah juga mengenakan denda lima kali jumlah suapan bagi setiap pertuduhan yang kesemuanya berjumlah RM15.45 juta dan sekiranya gagal membayar denda dikenakan penjara dua tahun bagi setiap pertuduhan," kata hakim itu.



Sementara itu, mahkamah juga membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sehingga pelupusan rayuan kes dan menaikkan jumlah jaminan kepada RM1.5 juta dari RM800,000.



Mahkamah memberi masa sehingga jam 2 petang hari ini untuk Mohd Isa membayar tambahan wang jamin dan turut memerintahkan beliau melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan sehingga tamat rayuan. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >