Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas PM Italy, Berlusconi, 83, tinggalkan temanita lama untuk wanita 30 tahun

Mar 5, 2020 | 9:10 PM
Bekas perdana menteri Italy, Silvio Berlusconi, 83 tahun, meninggalkan Cik Francesca Pascale, 34 tahun, selepas hubungan selama 12 tahun,
Bekas perdana menteri Italy, Silvio Berlusconi, 83 tahun, meninggalkan Cik Francesca Pascale, 34 tahun, selepas hubungan selama 12 tahun, - AFP

ROME: Bekas perdana menteri Italy, Silvio Berlusconi, telah berpisah dengan teman wanita lamanya untuk bercinta dengan seorang wanita 54 tahun lebih muda. Di tengah-tengah penularan koronavirus, yang telah membunuh 107 orang di Italy dan menyebabkan beberapa bahagian negara itu menjadi zon merah, kisah cinta jutawan itu mengalih perhatian warga Italy buat seketika. Lelaki berusia 83 tahun itu meninggalkan Cik Francesca Pascale berusia 34 tahun selepas hubungan selama 12 tahun, tetapi pasangan itu "tetap berteman", kata parti Forza Italia beliau dalam satu kenyataan pada Rabu (4 Mac). Cik Pascale berkata beliau "terkejut" dengan kenyataan itu, menurut akhbar Repubblica. Cik Pascale pertama kali mencuri hati Encik Berlusconi apabila beliau menubuhkan sebuah kelab peminat untuknya. Usahawan media ulung itu yang pernah becerai dua kali dilaporkan meninggalkan Cik Pascale untuk model yang lebih muda, Cik Marta Fascina, 30 tahun, yang merupakan anggota parlimen dari partinya. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg