Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas PM Malaysia, Najib dan isteri, Rosmah, bakal tampil di Netflix

Feb 28, 2020 | 12:21 PM
Bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor bakal membuat penampilan dalam satu episod siri dokumentari Netflix, Dirty Money. - Foto REUTERS
Bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor bakal membuat penampilan dalam satu episod siri dokumentari Netflix, Dirty Money. - Foto REUTERS -

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor bakal membuat penampilan dalam satu episod siri dokumentari Netflix, Dirty Money.

Datuk Seri Najib dan Datin Rosmah muncul dalam pratonton musim kedua rancangan itu.

"Dirty Money memaparkan kisah yang tidak pernah diceritakan mengenai skandal, jenayah kewangan dan rasuah dalam dunia perniagaan," menurut penerangan musim terbaru rancangan itu yang disediakan oleh Netflix.

"Musim ini menyorot kisah empayar hartanah Jared Kushner, skandal bank Wells Fargo dan kes rasuah 1MDB Malaysia."

Datuk Najib, 66 tahun, kini sedang menjalani perbicaraan bagi tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan wang daripada dana pelaburan negara, Malaysia Development Bhd (1MDB). - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg