Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bekas PM Malaysia Najib diarah mula hukuman penjara 12 tahun

Panel lima hakim sebulat suara tolak rayuan sabitan hukuman libat kes 1MDB, dapati pembelaan tidak konsisten dan gagal timbulkan keraguan munasabah
Aug 24, 2022 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Mahkamah tertinggi Malaysia, Mahkamah Persekutuan, mengarahkan mantan Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak, mula menjalani hukuman penjara 12 tahun semalam.



Ini selepas mahkamah menolak rayuan akhirnya terhadap sabitan berhubung skandal rasuah berbilion dolar dana negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadapnya bagi tujuh pertuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram.



Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ($65 juta) yang dikenakan terhadapnya sebelum ini.



Najib, 69 tahun, pertama kali didapati bersalah pada Julai 2020 namun dia mengemukakan rayuan selepas itu.



Disember lalu, dia gagal mengetepikan keputusan itu selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.



Panel lima hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, sebulat suara membuat keputusan mengekalkan sabitan dan hukuman Najib selepas mendapati pembelaannya tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.



"Rayuan ini dengan sebulat suara ditolak dan sabitan dan hukuman dikekalkan.



"Saya dengan ini mengumumkan waran komital (perintah menjalani hukuman penjara)," kata Tengku Maimun, memerintahkan prosiding tamat.



Dengan keputusan di akhir prosiding itu, Najib diarah mula menjalani hukuman penjaranya berkuat kuasa semalam.



Tengku Maimun berkata mahkamah tidak mendapati sebarang kesalahan dalam penghakiman yang dibuat Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.



Sebelum itu, Najib juga telah memohon agar Tengku Maimun menggugurkan diri daripada perbicaraan rayuan akhirnya.



Peguam utama Najib Razak, Encik Hisyam Teh Poh Teik, berkata aplikasi itu telah difailkan kelmarin.



Merujuk kepada pos media sosial oleh suami Tengku Maimun pada 2018, Encik Teh berkata adalah jelas lelaki yang bernama Zamani Ibrahim itu mempunyai sentimen negatif terhadap kepimpinan Najib.



Bagaimanapun, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara menolak permohonan itu.



Ketika menyampaikan keputusan panel, Tengku Maimun berkata mahkamah mendapati permohonan itu gagal menunjukkan terdapat bahaya yang nyata bahawa ia akan menyebabkan berat sebelah.



Tambahnya, tiada hubung kait antara catatan Facebook suaminya, Zamani Ibrahim, pada 2018 dengan rayuan akhir Najib.



Beliau juga berkata catatan itu telah dibuat sebelum perbicaraan melibatkan Najib di peringkat Mahkamah Tinggi bermula lagi.



Najib yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia dari 2009 hingga 2018 didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd yang merupakan bekas anak syarikat 1MDB dan memindahkannya ke akaun bank peribadinya pada 2014 dan 2015. - Agensi berita.



Laporan lanjut: Peguam Najib mungkin kemukakan semakan kehakiman




"Rayuan ini dengan sebulat suara ditolak dan sabitan dan hukuman dikekalkan.

Saya dengan ini mengumumkan waran komital (perintah menjalani hukuman penjara)."

- Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang mempengerusikan panel lima hakim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >