Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bekas presiden Mesir Hosni Mubarak dibebaskan

Mar 24, 2017 | 07:07 PM



KAHIRAH: Bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak, yang  digulingkan dalam 2011, telah dibebaskan.



Mubarak, yang merupakan pemimpin pertama Timur Tengah dibicarakan selepas Kebangkitan Arab (Arab Spring), meninggalkan Hospital Tentera Maadi, tempat dia ditahan, dan pulang ke kediamannya di Heliopolis, kata peguamnya.



Pada 2 Mac lalu, Mahkamah Rayuan Mesir telah membebaskan Mubarak, 88 tahun, daripada terbabit dalam pembunuhan para pembantah pemberontakan 2011 yang menamatkan pemerintahannya selama 30 tahun.



Dia dituduh menghasut pembunuhan sekitar 850 orang semasa pertempuran antara polis dengan pembantah dalam pemberontakan yang berjalan selama 18 hari.



Pada Januari tahun lalu, Mahkamah Rayuan negara itu mengekalkan hukuman penjara Mubarak dan dua anaknya selama tiga tahun atas dakwaan rasuah.



Namun, hukuman itu telah mengambil kira tempoh hukuman yang telah dijalaninya.



Kededua anaknya, Alaa dan Gamal juga telah dibebaskan.



Bagaimanapun, mahkamah Mesir kelmarin telah mengarahkan siasatan baru terhadap Mubarak.



Siasatan itu membabitkan dakwaan bahawa Mubarak, isterinya dan dua anak lelakinya itu menerima hadiah daripada akhbar Al-Ahram milik pemerintah bernilai sekitar AS$1 juta ($1.4 juta). - Reuters, AFP



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >