Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bekas Putera Mahkota Jordan dikenakan tahanan rumah

Apr 05, 2021 | 05:30 AM



NICOSIA: Bekas Putera Mahkota Jordan dikenakan tahanan rumah, namun beliau menafikan terbabit dengan konspirasi terhadap abangnya, Raja Abdullah II.



Dalam video yang dihantar ke BBC, Putera Hamzah Hussein berkata, ketua angkatan tentera mengunjunginya sebelum itu dan memberitahu: "Saya tidak dibenarkan keluar dari rumah, berkomunikasi atau bertemu dengan orang."



Beliau berkata, beberapa rakannya juga ditahan, pasukan keselamatannya ditarik balik dan akses Internet dan telefonnya disekat.



Bagaimanapun, putera itu mendakwa beliau tidak terbabit dengan apa-apa konspirasi dan 'tidak bertanggungjawab kepada kegagalan kerajaan kerana rasuah dan ketidakkecekapan yang berlaku dalam struktur kerajaan sejak 15 hingga 20 tahun lalu dan ia semakin buruk'.



Video berkenaan dihantar oleh peguam Hamzah kepada BBC selepas laporan bekas pembantu kanan diraja Jordan antara beberapa suspek ditahan pada Sabtu.



Hamzah adalah anak sulung kepada Allahyarham Raja Hussein dan isterinya, Permaisuri Noor.



Mahkamah kerajaan Arab Saudi semalam menyuarakan sokongannya kepada Raja Jordan, lapor Agensi Berita Saudi (SPA), selepas pasukan keselamatan Jordan menangkap seorang bekas penasihat raja dan yang lain atas alasan berkaitan dengan keselamatan negara. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >