Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Belanjawan M'sia: Hutang kerajaan capai $351 bilion

Nov 03, 2018 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia mencatatkan jumlah hutang dan liabiliti sebanyak RM1,065 bilion ($351 bilion) pada Jun tahun ini, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam.



Semasa membentangkan Belanjawan 2019 di Parlimen, Encik Lim berkata jumlah itu RM350 bilion lebih tinggi daripada apa yang diumumkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.



"Hutang ini termasuk RM725.2 bilion hutang langsung; RM155.8 bilion komitmen yang tidak dijangka dan RM184.9 bilion liabiliti lain," katanya.



Beliau juga berkata pentadbiran BN secara rahsia membayar sejumlah RM7 bilion bagi hutang dana kerajaan 1Malaysia Development Bhd pada 30 April.



"Kerajaan mendapati negara ini mungkin perlu membayar lagi RM43.9 bilion bagi menyelesaikan hutang 1MDB," katanya.



Belanjawan 2019 Malaysia membawa tema 'Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera dan memberi tumpuan pada pembaharuan institusi, kesejahteraan rakyat dan mempromosikan budaya keusahawanan bagi menawan semula status 'Harimau Asia'.



Ia belanjawan pertama yang dibentangkan kerajaan Pakatan Harapan, yang mengalahkan BN pada pilihan raya umum ke-14 Mei lalu.



Mengenai ekonomi, Encik Lim berkata kerajaan mengunjurkan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) tumbuh 4.9 peratus tahun depan.



Beliau berkata ekonomi Malaysia akan terus bertambah baik meskipun terdapat ketidaktentuan pada ekonomi global.



Rizab antarabangsa kerajaan pula sehingga 15 Oktober lalu mencapai AS$102.8 bilion sementara inflasi kekal rendah pada 1.2 peratus dari Januari hingga September lepas.



Encik Lim berkata mata wang ringgit meningkat 12.3 peratus berbanding Rupee India, 8.1 peratus berbanding Rupiah Indonesia, 3 peratus berbanding Peso Filipina; 3.2 peratus berbanding Renminbi China dan 0.6 peratus berbanding Dollar Singapura.



Encik Lim juga mengumumkan kerajaan mencadangkan gaji minimum dinaikkan kepada RM1,100 di seluruh Malaysia, berkuatkuasa 1 Januari depan.



Beliau berkata peraturan baru akan diperkenal bagi mewajibkan syarikat tersenarai memaparkan nisbah gaji tertinggi dan gaji median serta nisbah gaji tertinggi dan gaji paling rendah dalam laporan tahunan mereka.



Kerajaan juga akan mengkaji undang-undang buruh bagi memperkasakan pasaran buruh dan melarang amalan diskriminasi oleh majikan.



Kebajikan rakyat Malaysia yang tidak bekerja juga akan diambil kira dengan pelaksanaan penuh Skim Insurans Pekerjaan pada 1 Januari.



Sementara itu, Encik Lim berkata Lembaga Hasil Dalam Negeri akan menyiasat sembarang kekayaan luar biasa yang ditunjukkan oleh individu.



Beliau berkata individu ini termasuk mereka yang memiliki barangan mewah seperti barang kemas, jam tangan, beg tangan, kereta mewah atau hartanah.



"Kerajaan juga akan melancarkan Program Pendedahan Sukarela Khas bagi membolehkan pembayar cukai secara sukarela mengisytiharkan sembarang pendapatan yang tidak dilaporkan," katanya.



Kerajaan juga akan menubuhkan Pejabat Pengurusan Hutang yang bertanggungjawab mengkaji semula dan mengurus hutang dan liabiliti kerajaan.



Selain itu, kerajaan akan membentangkan Akta Tanggungjawab Fiskal pada 2021 untuk mengelakkan perbelanjaan tidak terkawal dan mengurangkan hutang.



Encik Lim juga mengumumkan kerajaan merancang membentang Akta Perolehan Kerajaan tahun depan untuk mengawal selia proses perolehan dan memastikan ketelusan.



Beliau juga berkata Belanjawan 2019 akan memberi tumpuan pada tiga teras utama dengan 12 strategi utama untuk memulihkan kedudukan ekonomi Malaysia sebagai salah satu Harimau Asia.



Belanjawan itu akan dibahaskan oleh Ahli Parlimen di peringkat dasar dari 12 hingga 15 November. Ia akan diikuti oleh sesi jawapan menteri sebelum perbahasan di peringkat jawatankuasa dari 26 November hingga 6 Disember. - NST, The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >