Bencana alam di serata dunia

RIBUT taufan Lekima telah membadai wilayah Zhejiang di kawasan timur Cina sejak ia tiba lebih awal dari yang dijangkakan hujung minggu lalu (10 Ogos), dengan angin sekencang 187 km/jam. Angka terkorban mencapai 44 orang pada pagi semalam (12 Ogos), menurut data rasmi. 

Ribut taufan Lekima terus bertiup ke kawasan berdekatan sekaligus mengakibatkan kerosakan pada harta benda dan kerugian ekonomi berbilion dolar serta mengganggu perjalanan secara meluas.

Di samping itu, terdapat juga bencana alam yang melanda kawasan lain di dunia, termasuk banjir dan kejadian tanah runtuh di Myanmar, kejadian api liar di Greece dan letusan gunung berapi di Italy.

Kami siarkan sorotan foto-foto kejadian bencana alam di serata dunia.