Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Search Distance From Your Location = 1 KM
100 M 1 KM
No restaurant found within  from your distance.
Dunia0

Benjamin Netanyahu isytihar menang pilihanraya Israel 

Mar 03, 2020 | 08:46 AM

BAIKTULMAKDIS - Perdana Menteri Benjamin Netanyahu telah mengisytiharkan kemenangan dalam pilihanraya ketiga di Israel dalam masa kurang setahun.

Ini selepas tinjauan televisyen menunjukkan beliau hanya kurang satu kerusi untuk menjamin majoriti di Parlimen.

Kemenangan untuk Encik Netanyahu, 70 tahun, setelah pengundian tidak konklusif pada April dan September,  menjadi bukti daya ketahanan politik pemimpin Israel paling lama berkhidmat itu, yang bertanding kali ini sedang berdepan dengan tuduhan rasuah.

 

 

 

Tiga saluran televisyen utama Israel meramalkan dalam tinjauan mereka bahawa parti pimpinan  Netanyahu, Likud dan parti yang berpegangan serupa, akan menjamin 60 daripada 120 kerusi parlimen, kurang hanya satu undian majoriti.  - REUTERS

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian