Berdarah hidung, telinga terlupa tekan suis tekanan udara, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:37
Syuruk
6:54
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:01
Isyak
8:09
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Berdarah hidung, telinga terlupa tekan suis tekanan udara

Sep 20, 2018 | 06:48 PM

MUMBAI: Lebih 30 penumpang sebuah pesawat berdarah hidung dan telinga hari ini selepas kru terlupa menghidupkan suis kawalan tekanan udara di kokpit.

Berikutan itu, pesawat Jet Airways ke Jaipur terpaksa berpatah balik selepas keadaan ini didapati membabitkan ramai penumpang hingga ada yang panik, kata syarikat penerbangan itu.

Pesawat itu membawa 166 penumpang mendarat semula di Mumbai dan mereka yang terbabit diberi rawatan dan penerbangan alternatif diatur untuk mereka, kata Jet Airways.

Sehubungan itu, kru penerbangan terbabit telah direhatkan sementara menunggu hasil siasatan,” menurut kenyataan syarikat itu.

Ada penumpang yang menyiarkan foto dan video keadaan itu di talian dengan seorang daripadanya, Darshak Hathi, memuat naik klip di Twitter menunjukkan penumpang memakai topeng oksigen.

Halal Home Based Business
Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

“Keadaan panik kerana kesilapan teknikal dalam @jetairways 9W 0697 dari Mumbai ke Jaipur. Kembali ke Mumbai selepas 45 minit. Semua penumpang selamat termasuk saya,” kata tweet beliau.

Kementerian Penerbangan Sivil India dalam satu tweet memberitahu ia sudah meminta laporan segera perkara itu daripada agensi rasmi.

Kejadian itu adalah insiden memalukan terbaru membabitkan Jet Airways.

Januari lalu, dua juruterbang pesawat digantung tugas kerana bertumbuk dan keluar dari kokpit seketika ketika dalam penerbangan dari London ke Mumbai. - AFP
 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map