AS beri amaran serangan mungkin berlaku di Eropah semasa musim cuti

WASHINGTON: Jabatan Negara mengeluarkan amaran pada Isnin (21 Nov) kepada rakyat Amerika Syarikat mengenai risiko tinggi serangan pengganas di seluruh Eropah, terutamanya semasa musim cuti.

"Rakyat Amerika perlu berhati-hati di pesta, acara cuti, dan pasar di luar," katanya dalam satu kenyataan, sambil menambah terdapat maklumat boleh dipercayai bahawa kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS), Al-Qaeda dan sekutu mereka terus merancang serangan di Eropah.

Jabatan itu berkata pelampau melakukan serangan di Belgium, Perancis, Jerman dan Turkey tahun lepas, dan berkata ia masih bimbang mengenai kemungkinan serangan di seluruh Eropah.

"Rakyat Amerika perlu berwaspada ketika menghadiri acara cuti besar, melawat tempat pelancongan, menggunakan pengangkutan awam, dan berkunjung ke tempat ibadat, restoran, hotel, dan lain-lain," kata kenyataan itu.

Amaran perjalanan berakhir pada 20 Feb 2017, katanya. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:27
Syuruk
6:49
Zuhur
12:51
Asar
4:14
Maghrib
6:52
Isyak
8:05
3 HR PSI: 30
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.