Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Beberapa lagi pemimpin menghadap Agong

Pemimpin politik dikatakan mengetengahkan isu semasa termasuk isu darurat dan keperluan Parlimen bersidang
Jun 11, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Lagi beberapa pemimpin Malaysia, termasuk daripada parti kerajaan dan pembangkang menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara semalam.



Kunjungan pertama dibuat Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, yang tiba di pekarangan Istana sekitar 10.20 pagi.



Presiden parti itu, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, dilaporkan pada masa ini sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur.



Pada kira-kira 11.55 pagi pula, Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA), Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, menjadi pemimpin parti politik kedua tiba di Istana.



Datuk Wee juga menjadi wakil parti komponen Barisan Nasional (BN) pertama yang menghadap Yang di-Pertuan Agong dalam pertemuan beliau bersama pemimpin parti politik yang bermula sejak kelmarin.



Pada sekitar 2 petang, pengerusi penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), juga mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, dilihat masuk ke Istana.



Sekitar sejam kemudian, beliau dilihat meninggalkan pekarangan Istana.



Kemudian, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, tiba di Istana Negara sekitar 3.15 petang tanpa disedari pihak media.



Beliau merupakan pemimpin politik terakhir menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam.



Difahamkan sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong bersambung hari ini membabitkan wakil Umno dan Kongres India Malaysia (MIC) pula.



Dijadualkan pada Isnin ini, sesi menghadap Al-Sultan Abdullah akan membabitkan wakil daripada empat parti di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan berlangsung secara maya.



Siri pertemuan semalam menyusul siri pertemuan yang diadakan Yang di-Pertuan Agong kelmarin bersama empat pemimpin politik termasuk Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, juga selaku Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).



Ia disusuli dengan pertemuan bersama Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Lim Guan Eng; dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Encik Mohamad Sabu.



Bercakap kepada wartawan di luar pintu masuk Istana kelmarin, Datuk Anwar berkata beliau mengutarakan pandangannya berkenaan kesan Covid-19, kewajaran Parlimen bersidang dan supaya Proklamasi Darurat tidak perlu diteruskan.



Katanya, Al-Sultan Abdullah berlapang dada mendengar semua pandangan dan beliau turut menyediakan laporan dan kertas kajian kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai pertimbangan.



Datuk Anwar turut menjelaskan bahawa soal perubahan kerajaan tidak dibincangkan sewaktu sesi menghadap Agong itu.



"Itu soal (perubahan kerajaan) yang tidak berbangkit sekarang," katanya kepada wartawan.



Mengenai darurat, Datuk Anwar berkata beliau menyampaikan pandangan bahawa ia menyebabkan kerugian kepada negara, tidak membantu menangani Covid-19 selain menjejas ekonomi terutama rakyat di peringkat bawahan.



Katanya, persidangan Parlimen juga perlu dibenarkan, malah Yang di-Pertuan Agong beberapa bulan lalu sudah menitahkan supaya ia dilaksanakan dengan syarat kerajaan bersetuju. - BHM, Malaysiakini




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >