Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

DIALOG CEO APEC 2020

Muhyiddin bentang tiga keutamaan Apec

Gesa diperkukuh kembali sokongan berkaitan sistem multiperdagangan, ekonomi digital dan pertumbuhan ekonomi inklusif
Nov 20, 2020 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin menggariskan tiga keutamaan untuk dijadikan panduan oleh negara anggota gagasan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) dalam menuju ke hadapan khususnya ketika dunia berdepan penularan pandemik Covid-19.



Menyampaikan ucaptama pada pembukaan Dialog CEO Apec 2020 secara maya di sini semalam, Tan Sri Muhyiddin berkata keutamaan pertama dan yang paling penting ialah negara anggota mengukuhkan kembali sokongan dan komitmen terhadap peraturan bagi sistem multiperdagangan.



"Ini adalah amat penting buat perniagaan memandangkan kebolehramalan dan kestabilan pasaran adalah tunggak utama yang memastikan pelaburan perdagangan terus berjalan biarpun sewaktu krisis.



"Keutamaan kedua, mengukuhkan ekonomi digital dengan terdapat keperluan mendesak untuk mencipta pekerjaan dan mengembalikan pekerja ke pasaran pekerjaan.



"Yang terakhir ialah pertumbuhan ekonomi yang inklusif yang mana ingin saya tekankan bahawa pemulihan ekonomi dan seterusnya pertumbuhan perlu memastikan tiada sesiapa pun akan ketinggalan," katanya, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).



Beliau turut menyentuh pentingnya Apec memainkan peranan penting untuk menerajui pemulihan ekonomi pasca Covid-19.



Beliau berkata selaku satu pertubuhan yang mewakili 60 peratus ekonomi Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) dunia, Apec perlu berdagang dan melabur bagi mencari jalan keluar daripada kemelesetan ekonomi semasa.



Justeru, katanya negara anggota Apec perlu bersama-sama dan bekerja secara membina dalam mengemudi rantau ini ke arah pemulihan dan pertumbuhan ekonomi yang kukuh, inklusif dan mampan.



"Apec sentiasa menjadi inkubator idea yang berkesan, bahkan mungkin sebagai penentu trend untuk konsep kolaboratif baru dalam bidang-bidang seperti kerjasama ekonomi dan teknikal serta kemudahan perdagangan.



"Hari ini, ketika kita menerapkan norma-norma baru susulan penularan wabak, Apec secara tepat sudah memanfaatkan kemampuannya untuk secara sukarela meneroka inisiatif yang akan mempercepat pemulihan rantau ini.



"Dalam hal ini, kita mesti bekerjasama dengan komuniti perniagaan.



"Sebagai sebuah entiti ekonomi, Apec harus kekal peka terhadap keperluan sektor swasta dan terus memupuk persekitaran yang meningkatkan keyakinan perniagaan," katanya.



Tema mesyuarat tahun ini, di bawah kepimpinan dan dihoskan Malaysia, ialah 'Mengoptimumkan Potensi Manusia ke arah Masa Depan Kemakmuran Bersama: Pangsi, Memberi keutamaan. Kemajuan'.



Tiga bidang keutamaan ialah: meningkatkan naratif perdagangan dan pelaburan; penyertaan ekonomi inklusif melalui ekonomi dan teknologi digital; dan mendorong kelestarian inovatif.



Apec adalah forum ekonomi serantau yang ditubuhkan pada 1989 untuk memanfaatkan rangkaian pertubuhan ekonomi-ekonomi di Asia Pasifik.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong juga menyertai Mesyuarat Pemimpin Ekonomi (AELM) maya Apec ke-27 hari ini dengan 21 pemimpin ekonomi dijangka membincangkan cara meningkatkan perdagangan dan pelaburan, inovasi dan kelestarian serta inklusiviti.



Beliau turut menyertai Dialog CEO Apec semalam, yang membincangkan keutamaan selepas pandemik itu.



Encik Lee disertai pegawai Kementerian Ehwal Luar dan Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >