Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes Covid-19 di Indonesia naik dua kali ganda

Menteri saran agar sasar sejuta orang divaksin setiap hari
Jun 16, 2021 | 05:30 AM



JAKARTA: Menteri Kesihatan Pudi Gunadi Sadiq berkata Indonesia akan mengerahkan pasukan tentera dan polis untuk mempercepat vaksinasi di negara tersebut sedang jumlah kes Covid-19 harian meningkat dua kali ganda sejak sebulan yang lalu.



Encik Pudi meminta Presiden Joko Widodo agar meningkatkan kempen vaksin dengan menyasarkan sejuta orang divaksin setiap hari.



Bercakap di sidang media, Encik Pudi mengatakan presiden telah melantik pasukan polis dan tentera untuk membantu menjalankan vaksinasi 400,000 orang setiap hari.



Pemerintah daerah pula ditugaskan agar memvaksinasi 600,000 orang setiap hari, katanya.



Sejauh ini, sekitar 20 juta orang di Indonesia telah menjalani satu dos vaksin Covid-19, sementara sekitar 11 juta yang lain telah divaksinasi sepenuhnya.



Indonesia melaporkan 8,189 kes baru Covid-19 kelmarin, menjadikan jumlah jangkitan di Indonesia 1,919,547.



Jumlah kematian berkaitan virus meningkat kepada 53,116 orang dengan sejumlah 237 kematian kelmarin.



Wabak harian di Indonesia meningkat secara purata 7,900 orang dalam minggu terakhir ketika ramai kembali ke bandar setelah pulang ke kampung halaman untuk merayakan Hari Raya Aidilfitri.



Sebilangan besar jangkitan baru berasal daripada varian delta yang sangat menular yang pertama kali dikesan di India, kata Encik Pudi.



Varian ini amat berjangkit dan menyebabkan pesakit menghidap Covid-19 yang sangat serius.



Beliau berkata, pihaknya telah memberitahu Presiden bahawa kes-kes varian delta P.1617.2 dari India banyak dijangkiti di Jakarta.



Di Jakarta, kes aktif meningkat 50 peratus pada minggu lalu iaitu 18,000 kes - meningkat daripada 11,000 kes dalam tempoh tujuh hari sebelumnya, kata Gabenor Jakarta Anees Pasvedan.



"Saya telah menyampaikan kepada Gabenor Jakarta pada akhir Ogos, 7.5 juta penduduk Jakarta seharusnya divaksinasi," kata Encik Pudi.



Penduduk Jakarta berjumlah 10.6 juta.



"Ini merupakan matlamat yang sangat bercita-cita tinggi, tetapi kita harus mencapainya demi kekebalan penduduk mengatasi Covid-19,'' tambah Encik Pudi.



Seorang ahli epidemiologi Indonesia dari Universiti Griffith di Australia, Tiki Putiman, melahirkan keraguan tentang matlamat yang ingin dicapai oleh pemerintah Indonesia.



"Inilah antara keprihatinan kami pada masa ini. Kadar vaksinasi di Indonesia sangat rendah. Bahkan, Amerika Syarikat di mana vaksin tersebar luas, belum mencapai tahap kekebalaan kelompok,'' kata Putiman kepada Benarnews.



Encik Anees berharap pemerintahnya dapat memberikan vaksin kepada 100,000 orang setiap hari di Jakarta.



"Dengan kadar itu, kami akan memvaksinasi 7.5 juta orang pada akhir bulan Ogos," katanya lagi.



Beliau mengatakan dengan kadar positif Covid-19 melonjak di Jakarta, langkah-langkah drastik perlu diambil kerana kes-kes harian meningkat kepada lebih 2,000 kes dalam empat hari terakhir ini.



"Sekiranya keadaan tidak terkawal, kita akan memasuki tahap kritikal dan dalam situasi seperti itu kita harus mengambil tindakan drastik," kata Encik Anees.



Encik Putiman mengatakan beliau menjangkakan wabak terbaru jangkitan Covid-19 akan meningkat pada awal Julai.



Beliau mendesak pemerintah agar terus meningkatkan ujian, pengesanan dan perawatan untuk menangani varian virus baru yang dapat menjangkiti mereka yang telah divaksin.



Encik Putiman berkata, varian delta sangat berbahaya kerana ia juga mempengaruhi sistem imun mereka yang diberi vaksin.



"Kami masih tidak tahu berapa lama imuniti yang diperoleh daripada vaksin akan bertahan dan keberkesanannya dalam mencegah penyebaran strain baru.



"Apa yang dapat kita perhatikan tentang variasi delta ini adalah ia merupakan 'strain super', yang dapat merosakkan sistem kesihatan kita. Oleh itu, ia boleh menjadi wabak di tengah-tengah wabak. Ini sangat serius. "



Indonesia merancang menjalankan vaksinasi ke atas 181.5 juta daripada 270 juta penduduknya untuk mencapai kekebalan kelompok pada awal tahun depan.



Bulan ini, Jakarta menawarkan vaksin kepada mereka yang berusia 18 tahun ke atas. Sebelum ini ia menyasarkan kepada pekerja kesihatan, pekerja perkhidmatan awam dan orang tua.



Hampir 2.9 juta orang di Jakarta telah menerima sekurang-kurangnya satu vaksin.



Encik Anees turut mengatakan, ibu kota itu sedang mempersiap kompleks pangsapuri kos rendah baru untuk ditukar menjadi hospital untuk rawatan Covid-19. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >