Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PEMANDANGAN DI SEKITAR KLIA VTL SG-MALAYSIA

VTL melalui udara lancar di KLIA

Nov 30, 2021 | 05:30 AM



BERMULA pagi semalam, Malaysia menerima ketibaan 240 penumpang penerbangan Singapore Airlines SQ108 pertama di pintu masuk antarabangsa utama Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang menggunakan skim Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) melalui udara, perjalanan tanpa kuarantin individu yang telah lengkap divaksin.



Pada masa yang sama Malaysia Airlines MH0603 membawa penumpang keluar ke Singapura yang ingin menemui keluarga yang terpisah sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac 2020 selain melakukan urusan perniagaan.



Sejak awal pagi kaunter pendaftaran pelepasan yang dibuka khas untuk penumpang VTL melalui udara dipenuhi dengan penumpang yang akan berlepas ke Singapura secara berkumpulan atau sendirian dengan wajah yang penuh ceria.



Begitu juga di balai ketibaan antarabangsa tingkat empat terminal dipenuhi wakil media untuk menunggu penumpang yang keluar kira-kira dua jam selepas ketibaan pada 9.25 pagi.



Bagi seorang nenek yang begitu sabar untuk menemui anak lelaki dan tiga cucunya di Singapura sejak kali terakhir menemui mereka pada Mac 2020, skim VTL tersebut memang di nantinya bagi membolehkannya melepaskan rasa rindu yang amat sangat.



Cik Christines Soong, 59 tahun, yang ditemani suaminya menceritakan beliau mencuba beberapa kali untuk membuat tempahan tiket penerbangan dan rasa begitu tertekan dengan sistem yang agak sibuk menyebabkan beliau gagal mendapatkan tiket.



"Sebagai nenek yang merindui cucu-cucu di perantauan, selain cucu-cucu sentiasa menghitung hari bila saya akan tiba, saya tidak berputus asa untuk terus mencuba membuat tempahan tiket dan akhirnya berjaya," katanya ketika ditemui sebelum mendaftar di kaunter berlepas KLIA.



Bagi Cik Nita Kaur, 50-an tahun, yang tiba melalui penerbangan SQ108 untuk pulang ke kampung di Muar menemui bapanya begitu sebak untuk menceritakan rasa kesyukuran sampai ke Malaysia menggunakan skim VTL.



Katanya, skim VTL amat mudah dan paling utama dapat merapatkan kembali pertalian terpisah sejak beliau tidak dapat pulang ke kampung Ogos tahun lepas disebabkan penutupan sempadan.



"Saya (terdiam sebentar) begitu gembira dapat kembali ke tahah air, tiada kata-kata untuk dilafazkan saya akhirnya dapat berjumpa bapa yang dirindui sekian lama," katanya.



Penerbangan VTL pertama Singapura yang membawa 240 penumpang menaiki pesawat Singapore Airlines SQ108 mendarat di KLIA 9.25 pagi dan disambut dengan pancuran air semasa ketibaan



Pengendali KLIA Malaysia Airports Holdings Bhd MAHB berkata KLIA dan klia2 akan menerima enam penerbangan VTL secara keseluruhan hari ini membawa penumpang 1,300 penumpang dari Singapurea



Pengerusi MAB, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, semasa ditemui pemberita selepas meninjau proses VTL itu berkata MAHB akan memastikan kualiti perkhidmatan kekal pada tahap tertinggi memandangkan lapangan terbang itu mula menerima ramai penumpang antarabangsa.



"Kami akan pastikan penumpang berpuas hati dengan setiap proses yang dilalui dan akan perbaiki proses operasi standard (SOP), " katanya.



MAHB berkata penumpang VTL akan diproses melalui imigresen khusus dan Jabatan Imigresen Malaysia telah menyediakan 11 kaunter di terminal utama di KLIA dan empat kaunter di klia2 untuk tujuan itu.



Semua penumpang VTL dilengkapi dengan gelang tangan biru semasa ketibaan untuk pengecaman pantas oleh komuniti lapangan terbang mengenai status bebas kuarantin mereka



Gelang itu akan ditanggalkan selepas penumpang keluar dari lapangan terbang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >